gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ada Sebab Fasha Sandha Terima Tawaran Berlakon Dalam Drama ‘Dzikir’ - “Saya Memang Suka Sangat…”
HIBURAN
Gara-Gara Tiket Konsert Inteam Licin Dalam Masa Dua Jam, Netizen Reka Lightstick & Freebies - “Comelnya Macam Vibes Kpop”
HIBURAN
Norish Karman Kesian Dengan Anak Muda Nak Jadi ‘Influencer’ & Abaikan Pelajaran - “Tak Guna Kalau Banyak Duit Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Anta Permana Tersenarai Dalam 'The King’s Music Room', Lagu Pilihan Raja Charles III

gempak
Asyraf Roslan
10/03/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Anta Permana Tersenarai Dalam 'The King’s Music Room', Lagu Pilihan Raja Charles III
Lagu Anta Permana nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah tersenarai dalam 'The King’s Music Room' yang merupakan lagu kegemaran Raja Charles III.
Senarai lagu ini diumumkan sempena pelancaran rancangan radio khas bersama Apple bertajuk The King’s Music Room, yang menampilkan lagu-lagu pilihan peribadi baginda.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, penyanyi nombor satu Malaysia itu meluahkan rasa syukur apabila lagunya disenaraikan dalam racangan berkenaan. “Saya amat bersyukur dan berterima kasih @theroyalfamily,” kata Siti ringkas di Instagram storiesnya.
Pilihan ini semestinya membanggakan peminat muzik Malaysia kerana ia memperlihatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap bakat penyanyi tersohor tersebut.
Selain Anta Permana yang dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong antara lagu lain yang turut tersenarai adalah Love Me Again (Raye), The Loco-Motion (Kylie Minogue), Haven’t Met You Yet (Michael Buble) dan Crazy In Love (Beyonce).
The King's Music Room dihasilkan sempena meraikan Hari Komanwel tahun ini.
Raja Charles III menjalin kerjasama dengan platform penstriman muzik, Apple Music untuk melancarkan rancangan The King's Music Room bagi berkongsi senarai lagu kegemaran baginda.
Dirakam di Istana Buckingham, The King’s Music Room menawarkan pandangan eksklusif tentang baginda dengan muzik dari seluruh Komanwel termasuk disko, reggae dan Afrobeats.
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#King Charles III
#The King’s Music Room
Must-Watch Video