,
Hiburan

Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"

Amri Hassan
02/10/2024
08:43 MYT
Pelakon popular Anna Jobling mendedahkan kejayaan menakluki pasaran perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah tidak datang dengan mudah dan dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Terima Lagi Tiga Tawaran Di Indonesia Selepas Lembayung! - "Saya Tidak Sangka, Ini Peluang Besar"

Anna berkata, apa yang dikecapi tidak datang bergolek, sebaliknya berkat kesungguhan dan dedikasinya dalam industri seni menjadi tunjang utama terhadap pencapaian yang diraih sehingga bakatnya dipandang syarikat produksi Indonesia.
"Saya bersyukur atas penerimaan positif daripada penonton Indonesia. Ini satu pengiktirafan atas kerja keras selepas berulang alik Malaysia dan Indonesia selama hampir setahun membina nama.
"Saya percaya, tanpa usaha kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita impikan. Ini adalah bukti bahawa kerja keras tidak akan mengkhianati hasil.
“Saya mencari peluang di sana sendiri bersama pihak pengurusan saya dengan menghadiri uji bakat. Selain itu, rakan-rakan selebriti di sana juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai selok-belok menempa nama di Indonesia,” katanya.
Menurut Anna, dia bersyukur apabila industri perfileman Indonesia mula membuka pintu lebih luas kepada bakat-bakat luar, termasuk satu pengumuman yang bakal dibuat dalam waktu terdekat.
Katanya, dia menerima berlakon dalam sebuah filem daripada seorang pelakon wanita Indonesia yang cukup dikenali ramai.

BERITA TRENDING: MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

"Saya sangat teruja untuk mengumumkan filem ketiga saya di Indonesia tidak lama lagi. Ini adalah projek yang sangat istimewa buat saya.
“Tak sangka saya menerima pelawaan daripada selebriti wanita ini. Saya berbesar hati diberi peluang untuk bekerjasama dengannya,” katanya.
Anna berharap kerjasama dengan pelakon terkenal itu akan membawa satu dimensi baru dalam kerjaya lakonannya. Dia percaya bahawa pengalaman ini akan mengasah lagi bakatnya dan memberikan ruang untuknya memperluas pengaruh di persada antarabangsa.

BERITA TRENDING: Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

BERITA TRENDING: Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Ratu Cantik Indonesia Ketut Permata Juliastrid Dimahkotakan Juara Sulung Miss Cosmo 2024! Semak Fakta Menarik Tentangnya

gempak
06/10/2024
11:35 MYT
Edisi sulung Miss Cosmo 2024 telah menobatkan gadis kelahiran Bali, Indonesia iaitu Ketut Permata Juliastrid Sari sebagai juara.
Hiburan

Sudah Berusia 40 Tahun, Nicholas Saputra Tak Pernah Sunyi Hidup Solo

gempak
06/10/2024
06:53 MYT
Diam tak diam usia Nicholas Saputra yang menjadi kegilaan ramai sejak dikenali menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta sudah masuk 40 tahun.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Hiburan

Syafiq Yusof Bereksperimentasi Dengan Telekinesis - "Genre Ini Fresh, Tak Salah Saya Nak Warnai Industri"

gempak
05/10/2024
03:55 MYT
Selepas kejayaan filem Sheriff, pengarah Syafiq Yusof muncul dengan karya sains fiksyen terbaharu bertajuk Telekinesis mengambil inspirasi daripada naskhah antarabangsa terkenal Twilight.
BorakSeeni