,
Laman Utama

Angkat Tema Yang Jarang Dibawa, Mencuri Raden Saleh Padam Stigma Masyarakat

Shahrin Zulkifle
23/09/2022
10:00 MYT
Filem Mencuri Raden Saleh arahan sutradara Angga Dwimas Sasongko ternyata membawa satu kelainan dalam industri perfileman Indonesia.
Mengusung tema aksi heist rompakan, filem yang dibintangi enam bakat muda itu telah membuktikan bahawa industri tempatan Indonesia mampu mengeluarkan sebuah naskhah yang sangat jarang dihasilkan.
Menurut pengarahnya, pembikinan Mencuri Raden Saleh telah berjaya memadam stigma sesetengah masyarakat yang meragui kebolehan produksi perfileman di negara tersebut.
“Kalau kita (masyarakat) selama ini ragu-ragu tentang pembikinan filem Indonesia, kali ini dengan enam bakat muda, kru yang bagus, filem ini telah berjaya membuktikan segalanya dan bukan sekadar imaginasi semata-mata
“Tiada perasaan lain selain rasa bangga dengan semua yang terlibat dalam filem ini. Konsep yang saya pegang adalah, setiap orang yang terlibat dalam filem ini mempunyai hak dan pandangan masing-masing terhadap Mencuri Raden Saleh kerana ini adalah filem kami bersama,” ujarnya menerusi laporan detikfakta.com.
Terdahulu, media tempatan Indonesia melaporkan, Mencuri Raden Saleh telah berjaya menghiburkan lebih 2.3 juta penonton di negara itu sejak mula ditayangkan pada 25 Ogos lalu.
Mencuri Raden Saleh dibarisi pelakon muda berbakat besar seperti Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Ari Irham.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh yang kini sudah ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Watak ‘The Hacker’ Buat Angga Yunanda Minat Belajar Tentang Dunia IT

gempak
03/10/2022
13:00 MYT
Angga Yunanda The Hacker
Laman Utama

Lakonkan Adegan Gaduh Dengan 6 Lelaki Sambil Sarung Tumit Tinggi, Aghniny Haque – “Agak Mencabar”

gempak
01/10/2022
13:00 MYT
Cabaran Aghniny Haque dalam Mencuri Raden Saleh
Laman Utama

Umay Shahab Sanggup ‘Botak’ & Hilang 5 Kg Berat Badan Demi Mencuri Raden Saleh

gempak
28/09/2022
13:30 MYT
Umay Shahab sanggup botak demi watak
Laman Utama

“Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…” – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh

gempak
26/09/2022
13:30 MYT
Penonton Malaysia puas tengok Mencuri Raden Saleh
Laman Utama

Mencari Filem Bergenre Heist Untuk Ditonton? Ini 4 Filem Heist Terbaik Yang Kami Sarankan! No 4 Paling Best!

gempak
24/09/2022
10:00 MYT
Filem-filem heist terbaik