,
Hiburan

Angkat Tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro Tawarkan 620 Jam Kandungan Menarik Ramadan Ini!

Umirah Halim
01/03/2024
09:00 MYT
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Astro bakal menampilkan lebih dari 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.
Bertepatan dengan tema 'Masa, Anugerah Terindah', para pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga.
Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat, terdiri daripada barisan pelakon berbakat tempatan termasuk Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.
Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran Assalamualaikum, program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat.
Program Assalamualaikum telah berlangsung di Johor Bahru dan Terengganu, manakala lokasi seterusnya pula di Kelantan pada 1 Mac dan di Pahang pada 7 Mac.
Antara kandungan yang menarik untuk Ramadan ini termasuk;
  • Program 'Jom Khatam'
  • Gameshow 'Tahu Ke Tidok Musim 3
  • Malam Ini: Ustaz Don
  • Geng Ngaji Musim 5
  • Ustaz! Saya Confuse
  • Bidadari Syurga Musim 2
Astro juga bakal menyajikan 6 buah drama baharu sepanjang Ramadan 2024 antaranya;
  • Takdir Itu Milik Aku
  • Khun:sa
  • Malang Si Puteri
  • Hero Seorang Cinderella 2
  • i.D
Astro Ceria (Saluran 611) juga bakal menampilkan sebuah drama mencuit hati yang berjudul 'Kampung Puasa', bermula 8 Mac.
Dalam pada itu, bagi program variasi santai penuh inspirasi pula bakal Astro akan menyajikan;
  • Healing With Zizan
  • MeleTOP Moreh
  • Program masakan, Rasa: Mak Ajar Masak
  • Program sitcom Gen Z, 'Rizz-Start'
  • Program tanggungjawab sosial, Kongsi Kasih
Program komedi yang mencuit hati seperti Sepahtu Reunion Live Moreh, Kak Lina ter'over' Take Over dan Yak Yak Yey juga bakal bersiaran untuk menghiburkan penonton sepanjang Ramadan.
Sementara itu, filem menarik sepanjang Ramadan termasuk Tilam Perca, lakonan hebat Norlia Ghani, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Farahdhiya yang bakal bersiaran pada 30 Mac; filem keluarga Satu Hari Sebelum Raya, arahan Syahmi Sazli, pada 6 April, di Astro Citra (Saluran 108).
Manakala program kanak-kanak, Upin & Ipin Iqra, Upin & Ipin Ramadan dan Omar & Hana, bermula 11 Mac; dan Papa Pipi Ramadhan Raya, bermula 11 Mac; Filem animasi Nussa The Movie, pada 17 Mac, 3 petang di Astro Ceria Saluran 611).
Peminat kandungan digital juga bolen turut berhibur dan menyaksikan program-program terbalk, termasuk:
  • Program 'You Know Nothing About Cooking', menampilkan selebriti popular temptan termasuk Sherry Alhadad, Jihan Muse, Hazama, Amelia Henderson, Zizan Razak, Nabila Huda dan ramai lagi yang ingin mempelajari menu masakan, bermula 11 Mac.
  • Program siri Islamik 'Budak Bedak The Series', terdiri daripada 6 sahabat termasuk Ryan Bakery, Wan Chai, Adam Bakery, Farihin Amia, Black dan Yeeettt yang mempelajari nilai kehidupan bersama Ustaz Fakhrul UNIC dan Amin Idris dalam situasi santai, bermula 13 Mac; program social experiment 'Hype Hafiz S2' bersama Qawiyaro yang akan mendekati komuniti berkepeluan untuk mendekatkan mereka dengan Al-Quran, bermula 14 Mac; dan rancangan keluarga 'Saya Puasa Lah!', menampilkan Nas-T, Norreen Iman, Ubai MZ dan Datuk Fizz Fairuz dalam menjalani ibadah puasa seharian serta aktiviti yang dilakukan di bulan Ramadan, bermula 19 Mac, di platform Astro Gempak.
Bagi peminat filem boleh menyaksikan program-program menarik di Astro First, termasuk:
  • Filem komedi 19 Puasa Playboys of Plastik Hitam, menampilkan Bell Ngasri, Aziz M Osman, Imuda, Joey Daud dan ramai lagi, menampilkan karenah dan telatah lucu di bulan Ramadan, bermula 28 Februari; filem seram Jin Qorin, menampilkan Marthino Lio, Rama Michael, Tyara Vanesha, bermula 7 Mac.
  • Filem seram psikologi Korsakoff, dibarisi oleh Elly Ariffin, Iqram Dinzly, Erra Fazira, Azhan Rani dan Ning Baizura, bermula 14 Mac; filem seram 'Janin Iblis Neraka', menampilkan Samuel Rizal, Aliyah Faizah, Yama Carlor, bermula 28 Mac; dan filem komedi 'Asan Lembu The Movies', dibintangi oleh Joey Daud, Azhan Rani, Aprena Menrose dan ramai lagi, bermula 28 Mar di Astro First (Saluran 480).
Platform Radio
Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio, termasuk:
  • Radio ERA akan melancarkan 'Ramadhan Kampung ERA', acara berbuka puasa, tawarih dan more bersama penduduk kampung; ERA Sabah membuka peluang kepada peminat untuk memberi cadangan menu masakan berbuka dalam 'Apa Kau Sungkai'; seterusnya ERA Sarawak akan mengadakan aktiviti berbuka puasa dalam 'Sungkai Paling Tinggi'.
  • Manakala SINAR akan memberi bantuan Ramadan dan Raya dalam 'Sodaqah SINAR', serta GEGAR pula menjalankan 'Tadarus Ramadan GEAR', di mana personaliti radio akan bertadarus bersama Ustaz Zarifi pada setiap hari Khamis di bulan Ramadan.
  • ZAYAN turut menjalankan aktiviti Ramadan termasuk 'ZAYAN Teriah Bazar Ramadan' yang akan dijalankan di bazar terpilih, aktiviti 'ZAYAN Motorhome Moreh Tour' dengan menjelajah masjid-masjid untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawih, serta berkongsi rezeki dalam 'ZAYAN Bubur Lambuk' yang akan dijalankan dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Ramadan Astro 2024, sila layari www.astroramadan.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia.
Tawaran Buat Pelanggan Astro
Astro berbesar hati memperkenalkan saluran baharu 'JOM NGAJI' (Saluran 130) di sooka dan NJOl tapa sebarang kos tambahan.
Pelanggan sooka dan NJOI kini boleh memulakan perialanan Ramadan dengan penuh ketenangan bersama saluran baharu ini kerana ia menampilkan Qari-gari tempatan yang akan membacakan ayat-ayat suci dari Al-Quran serta menerangkan maksud di sebalik ayat yang dibaca agar dapat menjadi santapan nurasi kepada para pelanggan di bulan Ramadan ini.
Pelangan Astro boleh meraikan sambutan Ramadan dengan tawaran rangkaian Pek TV Astro, dengan potongan 30%* bermula daripada hanya RM41.99/bulan.
Untuk pengalaman hiburan keluarga semua-dalam-satu, pelanggan Astro juga boleh menambah Astro Fiber pada langganan yang kini menawarkan 500Mbps untuk hanya RM90/bulan** (RRP: RM189) selama 24 bulan.
Untuk langganan sifar kontrak, pelanggan bole mempertimbangkan Pek Hiburan sooka yang mengandungi semua program ini untuk masa bersama keluarga yang lebih di suci ini melalui www.sooka.my.
  • Diskaun 30% diberikan untuk langganan dengan pendaftaran autodebit sahaja.
  • *Tertakluk pada terma dan syarat
Sebagai tambahan, para pelanggan juga dapat menindahkan bulan Ramadan bersama Astro dan jadikan 'Masa, Anugerah Terindah' dengan berkongsi sticker eksklusif Ramadan Astro di aplikasi WhatsApp bersama keluarga dan insan tersayang.
Muat turun sticker WhatsApp Ramadan Astro di aplikasi My Astro dan SYOK.
Tanggungjawab Sosial Korporat
Berkesempatan dengan bulan Ramadan ini, pihak Astro Kasih buat julung Kalinya menganjurkan Kempen Kasin Ramadan dengan membuka tabung sumbangan kepada masyarakat umum untuk membantu golongan yang memerlukan. Segala hasil kutipan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada Yayasan Ikhlas.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi di https://yayasanikhlas.org.my/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Filem

Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

gempak
11/09/2024
13:35 MYT
Dua tahun lalu raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu gandingan Zizan Razak dan Johan telah menggegarkan pawagam seluruh tanah air menerusi filem pecah panggung, dan kini mereka kembali menggeletek penonton menerusi filem komedi terbaru, Baik Punya Ah-Long.