gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BOLLYWOOD
Shah Rukh Khan Cedera Sewaktu Penggambaran, Jalani Rawatan Di Amerika Syarikat
HIBURAN
Enggan Gugurkan Anak Luar Nikah, Erika Carlina: “Saya Tak Nak Bunuh Anak Ini”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Semak Senarai Lagu 14 Bintang Anda Dengan Tema ‘Switch Mode 360’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Angka Kematian Di Gaza Melebihi 50,600 Akibat Serangan Israel

Gempak
Gempak
05/04/2025
12:23 MYT
Sponsor Banner
Angka Kematian Di Gaza Melebihi 50,600 Akibat Serangan Israel
Serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk Palestin, menjadikan angka kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, lapor Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza.
Dalam kenyataan pada Jumaat, kementerian itu memaklumkan bahawa seramai 287 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 115,063 orang.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," menurut kenyataan itu.
Tentera Israel melancarkan kempen serangan udara mengejut ke atas Gaza pada 18 Mac lepas, menyebabkan 1,249 orang terbunuh dan 3,022 lagi cedera, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan kumpulan Hamas yang berkuat kuasa sejak Januari.
Sumber: BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kematian
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement