Anggota Polis Tergamak Perkosa Ibu Mentua
Seorang anggota polis tergamak memperkosa ibu mentuanya sendiri kerana tergiur melihat sosok tubuh wanita itu.
Perbuatan tidak senonoh itu dilakukan Aipda AD yang merupakan anggota Kepolisian Resor (Polres) Buton Utara, Sulawesi Tenggara di Indonesia pada 16 Januari lalu.
Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku ketika mangsa dikenali sebagai Nyonya AS sedang sibuk memasak di dapur rumahnya.
"Pelaku kemudiannya memanggil ibu mentuanya untuk masuk ke kamar atas alasan mahu berbicara tentang sesuatu. Namun, ibu mentuanya enggan berbuat demikian.
"Aipda AD kemudiannya bertindak menghampiri AS dari belakang lalu memeluk dan mengheret mangsa secara paksa ke bilik tidur," ujar jurucakap Kapolres Buton Utara, AKBP Totok Budi pada akhir minggu lalu.
Menurutnya, sidang kod etika telah dijalankan dan Aipda AD telah diberhentikan secara tidak hormat (PTDH).
Sementara itu, bapa mentuanya berkata, dia sangat kecewa dengan perbuatan menantunya itu.
"Saya tiada di rumah ketika kejadian itu. Saya terus laporkan kepada Polres Buton Utara selepas mendapat tahu tentang perkara tersebut. Dia telah menghancurkan kepercayaan keluarga," katanya dalam nada kesal.
Meskipun sudah dipecat, AD bertindak mengemukakan rayuan di Polda Sulawesi Tenggara dan proses terhadap kes tersebut masih berlangsung.
Pihak berkuasa menegaskan mereka akan mengadili kes tersebut mengikut undang-undang sewajarnya.
Sumber: Sinar Harian