,
Laman Utama

Anggota K-Clique, Fareed Saddi Nikahi Kakak MK! Sempat Melamar Sebelum Akad Nikah

Amri Hassan
10/10/2022
07:25 MYT
Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan K-Clique, Fareed Saddi telah selamat melangsungkan pernikahan bersama kakak kepada MK, Siti Hawa Hamdan pada Isnin.
Fareed yang juga adik kepada penyanyi Sabhi Saddi dinikahkan sendiri oleh MK atau nama sebenarnya Hairi Amin Hamdan mewakili bapanya, Hamdan Abdul Razak dalam majlis yang berlangsung di Sabah.
Menariknya, sebelum akad nikah berlangsung, Fareed tampil ke pelamin untuk melamar Siti Hawa yang juga mesra disapa Wawa.
"Adakah sudi kamu mengahwini saya dan sedia untuk saya bimbing kamu ke jannah," soal Fareed.
Siti Hawa yang ditemani ibu MK membalas ringkas; "Insya-Allah."
Dalam majlis pernikahan yang dihadiri tetamu berpakaian serba putih itu, Siti Hawa menerima mas kahwin sebentuk gelang emas dari Fareed.
Sementara itu, dalam ucapan ringkas MK selepas selesai majlis akad nikah, penyanyi itu berterima kasih kepada tetamu yang hadir serta mendoakan kebahagiaan adik ipar yang juga kawan rapatnya.
"Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga kita semua pun menuju ke syurga yang indah. Insya-Allah," kata MK.
Video: Sabhi Saddi Foto: Fiqqi Abdullah, Syukqadir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.