,
Laman Utama

Anggar Telan Puluh Ribu Ringgit, Mila Jirin Enggan Dedah Nilai Sebenar Tajaan Majlis Sanding Heliza Helmi - "Ia Tak Terbanding Dengan Usia Persahabatan Kami"

Amri Hassan
26/01/2022
01:50 MYT
Ahli perniagaan dan selebriti terkenal, Mila Jirin yang mengusahakan syarikat Bizmilla Wedding Centre percaya nilai hadiah majlis resepsi untuk teman baiknya, Datin Seri Heliza Helmi tidak boleh diukur dengan wang ringgit.
BACA: Mila Jirin Hadiahkan Majlis Sanding Untuk Heliza & Suami - "Saya Segan Nak Terima Tapi Akhirnya Tewas"
Majlis resepsi yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor itu dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit.
Namun, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmila Jirin memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
"Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.
"Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi," katanya.
Membuka cerita, Mila berkata pada awalnya Heliza menghubungi bertanyakan mengenai kekosongan mana mana dewan Bizmilla yang ada untuk digunakan pada 1 Januari lalu.
"Cuma ketika itu, saya tidak syak dan tahu mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya iya ia diperlukan untuk majlis siapa.
"Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.
"Selang beberapa hari, saya dikejutkan dengan undangan majlis persandingannya melalui kiriman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu. Masa itu gembira saya bukan kepalang sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin," katanya.
Lalu dengan rasa rendah hati, Mila tekad merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama yang bermula dari kata kata seloroh.
"Saya imbas kembali kenangan pada tahun 2019, dia ada anjurkan majlis bersama peminat di salah satu dewan Bizmilla. Masa itu saya sempat berseloroh kepadanya. Saya kata, kalau dia kahwin, syarikat saya wajib uruskan majlis dan jadi lokasi persandingan.
"Cuma ketika itu, dia mungkin ingat apa yang saya katakan hanya bersifat sekadar syarat pertuturan semata mata. Tapi jauh di sudut hati saya, kata kata itu sebenarnya serius dan mahu dijadikan kenyataan.
"Alhamdulillah, hasrat saya Allah makbulkan. Saya bersyukur dapat memberi sedikit kegembiraan dan meraikan sahabat saya ini," katanya bersyukur.
Hakikatnya, hadiah itu berkali-kali ditolak Heliza kerana dia berasakan tidak layak menerimanya.
"Namun, saya teringat kata kata yang dia sering ungkapkan andai diberi hadiah tetapi saya menolaknya. Heliza akan cakap, Rasulullah tidak pernah menolak hadiah pemberian sahabatnya.
"Saya turut menggunakan modal kata kata yang sama dan dia akhirnya bersetuju. Saya tak anggap ini sebagai tajaan, tapi lebih kepada hadiah kahwin," katanya.
Heliza tolong hijrah Mila
Mila mendedahkan Heliza sebenarnya sangat pemurah dan tidak berkira. Bahkan Heliza juga sentiasa memberi hadiah.
Malah Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi pernah tiba tiba muncul di hospital beberapa tahun lalu melawat saya ketika diserang demam denggi.
"Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.
"Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati. Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing-masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon.
"Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu 'lockdown', dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma," katanya.
Songket
Pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.
"Saya sendiri amat menyukai material songket dan menghargai seninya. Busana perkahwinan itu dijahit oleh pasukan kerja Bizmilla Bridal sendiri.
"Selain itu, untuk pemilihan kek perkahwinan pula, saya memberi cadangan idea kepada pasukan kerja Cakesmilla. Mereka menyediakan kek sentuhan moden kontemporari supaya dapat diselarikan dengan busana songket yang digayakan.
"Alhamdulillah pengantin sangat gembira dengan dekorasi dewan dan pelamin. Tetamu yang hadir juga disajikan menu secara 'dome' seperti Nasi Minyak, Ayam Ros Bizmilla, Kari Kambing Bizmilla, Siakap Berlado, Dalca Sayur serta Acar Buah Bizmilla," katanya.
Bizmilla
Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik COVID-19.
Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Syarikatnya sehingga kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis dari tahun 2013 dan mempunyai misi yang besar dalam membawa jenama itu kesemua bandar utama di seluruh negeri dan menjadi pengurusan majlis kahwin dengan Dewan terbesar di Malaysia.
Pakej perkahwinan ditawarkan kini bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut di www.bizmillacatering.com
foto ihsan Bizmilla Wedding Centre
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar