,
Laman Utama

Anggap Macam Kakak, Ashanty Tak Cemburu Kris Dayanti Berduet Dengan Bekas Suami, Anang

Maliah Surip
10/08/2023
03:50 MYT
Aksi duet di antara penyanyi terkenal Kris Dayanti dan bekas suaminya, Anang Hermasyah yang berlaku secara spontan di sebuah konsert baru-baru ini menarik perhatian umum.
Hal ini kerana perceraian kedua selebriti tersebut diketahui kerana Kris Dayanti berlaku curang malah mengaku hamil anak dari suaminya sekarang, Raul Lemos.
Sejak itu bukan hanya hubungan Kris Dayanti dan Anang renggang tetapi anak-anak mereka seperti Aurel juga tidak segan mengaku pernah membenci ibunya.
Namun setelah berbelas tahun bercerai dan kini keduanya mempunyai cucu, hubungan Kris Dayanti bersama Anang dilihat sudah semakin membaik.
Ia dibuktikan apabila Anang menyambut permintaan bekas isterinya untuk berduet di konsert Kris Dayanti yang berlangsung minggu lalu, Konsert Semesta.
Anang dan Kris Dayanti yang pernah menjadi pasangan duet dan memiliki banyak lagu hit bersama itu telah mendendangkan salah satu tembang popular mereka, Cinta.
Cinta dirakamkan pada tahun 1996 dan sejak mereka bercerai pada 2009, Kris Dayanti dan Anang tidak pernah lagi menyanyikan lagu tersebut bersama.
Melihat kepada keakraban yang kembali terjalin, isteri Anang, Ashanty mengaku sedikit pun tidak timbul rasa cemburu.
Malah dia menjadi orang paling gembira melihat perkembangan tersebut.
Sementelah kata Ashanty dia sudah menganggap hubungannya dengan Kris Dayanti seperti adik dan kakak selain menyifatkan mereka adalah keluarga.
"Saya senang dan okay kerana namanya sudah seperti kakak adik. Sudah seperti keluarga, sudah tidak ada fikiran yang aneh-aneh lah," ujar Ashanty seperti dilaporkan Kompas.
Mengulas lanjut, Ashanty juga melihat duet Kris Dayanti dan Anang adalah wajar.
“Jadi kalau nyanyi lagu Cinta itu kenapa ya? Kan ia sesuatu yang memang karya mereka yang dulu sempat pastinya booming,” katanya.
Ashanty juga mengatakan hubungan Kris Dayanti dan Anang sudah lama baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar