Hiburan
Anggap Joey Daud Berbakat Besar, Mas Idayu Hanya Beri Komen Sebagai Juri Yang Melihat Persembahan - “Kalau Terasa Saya Tak Boleh Buat Apa”
Ratu Dangdut Mas Idayu memberitahu, tidak timbul kontroversi sekiranya pelakon dan penyanyi Joey Daud terus menjawab ketika dia memberikan komen tentang persembahannya bersama Naqiu di sebuah program realiti.
BERITA BERKAITAN: Thamiera Chan Mengaku Terasa Dengan Komen Pedas Mas Idayu, Punca Pulang Lebih Awal – “Saya Artis Baharu Memang Terasa Tapi…”
BERITA BERKAITAN: Jenazah Bayi Dibeku 2 Minggu, KKM Telah Mulakan Siasatan Terhadap Hospital Swasta
Menyifatkan Joey sebagai rakan artis yang mempunyai bakat besar, menurut Mas Idayu, dia sentiasa terbuka dengan setiap pandangan peserta.
"Saya tegur apa yang saya lihat, saya jadi diri sendiri. Tetapi saya berpendapat Joey memang ada bakat yang besar cuma sayang bakatnya kurang mendapat perhatian.
"Itu sahaja yang saya komen, kalau terasa saya tak boleh buat apa. Saya tak nak fikir. Tetapi saya tahu Joey ok cuma bila wartawan tanya die terpaksa menjawab.
"Dia kata tidak mahu kontroversi, tetapi bila ditanya media dia yang menjawab. Kalau tak mahu kontroversi lebih baik berdiam," katanya kepada Gempak.
Mas Idayu ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu Mas Idayu berjudul Harum Mekar Di Hati, di Red Box Box Karaoke The Curve pada petang Khamis.
Baru-baru ini Joey Daud menafikan berlaku insiden lupa lirik ketika beraksi di pentas konsert separuh dalam sebuah program realiti yang menampilkan Mas Idayu sebagai juri tetap.
Joey atau nama sebenar, Zulkifli Daud mendakwa apa yang disajikan adalah sebahagian daripada konsep persembahan yang sudah dirancang bersama gandingan, Naqiu.
Joey yang tampak kecewa gagal mara ke peringkat akhir FD4 memberitahu, dia memilih untuk tidak mencelah atau menjelaskan mengenai persembahan ketika Mas Idayu sedang memberi komen kerana dikhuatiri bakal mencetuskan kontroversi.
Persembahan berkonsepkan muzikal komedi dengan mengetengahkan jalan cerita warga asing mahu menyertai program nyanyian tempatan yang dibawa Joey dan Naqiu yang juga pasangan sepupu, disifatkan Mas Idayu ada kekurangan untuk bersaing di peringkat separuh akhir.
"Dia memang berbakat. Cuma nyanyian tidak begitu jelas. Tidak seperti artis-artis lain yang menyebut,menyanyi dengan jelas.
"Persembahan dia (Joey) momy sifatkan Naqiu yang banyak cover. Kalau momy tak keluarkan dia. Momy nak keluarkan siapa lagi?," ringkasnya.
Bagaimanapun, seorang lagi juri, iaitu Datuk Rosyam Nor mengakui persembahan mereka cukup menghiburkan.
Turut berdepan penyingkiran semalam adalah pasangan adik-beradik, Zahid dan Anne.
Must-Watch Video