gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
New Zealand Haramkan 38 Nama Ini Didaftar Ibu Bapa
HIBURAN
Maia Estianty Tak Akan Datang Majlis Nikah Anaknya, Al Ghazali: “Ada Komitmen Lain…”
HIBURAN
Ayda Jebat Rasa Seram Bila Tidur Dengan Anak Sulung, Berborak Tapi Tengok Tempat Lain - “Nak Tanya Tapi Takut Bila Dengar Jawapan Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Andmesh,Ziva Magnolya, Hael Husaini & Adira Suhaimi Gegarkan Festival Tentang Cinta Ogos Ini

gempak
Asyraf Roslan
09/05/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Andmesh,Ziva Magnolya, Hael Husaini & Adira Suhaimi Gegarkan Festival Tentang Cinta  Ogos Ini

Bersedia untuk merasai elemen cinta, muzik dan persembahan bertenanga menerusi Festival Tentang Cinta yang bakal mewarnai pentas Sabah International Convention Centre (SICC) pada 9 Ogos 2025 pada jam 8 malam.

Konsert berskala anjuran Extreme Visionary Venture dengan kerjasama Tourism Malaysia ini bakal menyaksikan penampilan istimewa Ara Johari, Adira Suhaimi, Mary Grace dan pelantun lagu Diam, Hael Husaini.
Lebih meriah, konsert ini juga menampilkan dua penyanyi hebat Indonesia Andmesh dan Ziva Magnolya.
Menurut wakil penganjur merangkap Penerbit Konsert, Dato’ Suhaila Semaru, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi inisiatif strategik untuk memacu sektor pelancongan dan seni Sabah.

“Festival Tentang Cinta adalah sebuah inisiatif yang lahir daripada semangat untuk menyatukan cinta dan muzik dalam satu pengalaman penuh makna.

“Kami mahu menjadikan Sabah sebagai destinasi hiburan dinamik, selain memperkenalkan bakat tempatan kepada khalayak lebih luas,” katanya.

Tambah beliau, konsert ini juga mampu menarik pelancong dari luar negara dan membuka peluang baharu dalam industri seni dan hiburan Sabah.

Penganjuran festival ini turut disokong erat oleh Tourism Malaysia sebagai sebahagian usaha memperkasa sektor pelancongan domestik menerusi acara berskala besar.
Harga tiket konsert Festival Tentang Cinta akan mula dijual pada harga RM988 (VVIP), RM488 (VIP), RM288 (Gold), dan RM158 (Silver).
Tiket boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi: www.ticket2u.com.my bermula 9 Mei 2025.
Topic Berkaitan
#Hael Husaini
#Adira Suhaimi
#Andmesh
#Ziva Magnolya
#Festival Tentang Cinta
Must-Watch Video