HIBURAN
Andika Putera Dakwa Pernah Kena Belasah Dengan 'Gengster' - “Balik Keluar Air Mata Tapi Tak Menangis…”
Pempengaruh media sosial, Andika Putera mendedahkan bahawa dia pernah diserang oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali ketika dirinya baru sahaja berusia 15 tahun.
Dakwa Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh, kejadian itu berlaku di sebuah lorong terletak di Pulau Pinang pada tahun 2013.
@dolspodcast Andika kena pukul dengan gangster tanpa tau sebab. Layan Episod 61, JUMAAT 10 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan @shuksahar @Andika Putera @Akmal_OldMoney #DolsPodcast ♬ original sound - Dol’s Podcast
“Saya pernah kena pukul di sebuah lorong yang terletak di Pulang Pinang pada tahun 2013.
“Waktu itu saya tingkatan tiga dan betul-betul tengah ‘naik’.
“Mereka macam kumpulan gengster, kejar saya sebelum terajang saya daripada belakang.
“Bila saya terjatuh, mereka pukul saya beramai-ramai,” kongsi Andika ketika sesi podcast ‘Dol’s Podcast’ yang dikendalikan Shuib, Mamat Sepah dan Fizie Roslan.
Berkongsi lebih lanjut, Andika juga memaklumkan dia tidak mengetahui motif sebenar mengapa kumpulan tersebut bertindak untuk memukulnya.
“Saya tak tahu apa motif mereka pukul tapi selepas itu saya pulang dalam keadaan keluar air mata tetapi tak menangis.
“Dengan baju saya yang koyak-koyak dan lengan yang kotor terus balik ke rumah.
“Sampai rumah, mama saya tengok kemudian dia menangis. Terus mama cakap. ‘Adik kenapa ini? Adik dah kena ada ‘bodyguard’ dah’.
Must-Watch Video