,
Hiburan

Anda Sejenis Yang Pergi Melancong Untuk Cari Spot OOTD? Sila Nganga Tengok Tempat Cantik di Negara China Ini!

Fiza Kamarudin
30/08/2019
14:00 MYT
Ada orang pergi melancong memang semata-mata nak meneroka dan menjelajah tempat orang, dan bergambar pun hanya untuk simpanan peribadi (kira rileks-rileks je la kalau bergambar).
Tetapi ada juga yang jenis pergi melancong sebab nak cari spot menarik untuk dikongsi dalam Instagram demi kepuasan diri. Memang diheretnya kawan ke sana ke mari untuk jadi fotografer dia!
Jadi anda kumpulan pelancong yang mana satu? Kalau ada kumpulan kedua, dah boleh mula simpan duit mulai hari ini dan kunjungi tujuh tempat menarik di negara China ini.
1. Zhangye Danxia Rainbow Mountain Percaya atau tidak garisan berwarna-warni itu bukan illusi tetapi ia adalah semulajadi! Tidak ramai pelancong ke gunung yang terletak di bahagian barat laut China ini, tetapi ia adalah syurga buat pencinta fotografi dan mereka yang gemarkan keindahan alam semulajadi. Tips untuk anda yang mahu ke gunung warna-warni ini ialah ketika waktu pagi (matahari terbit) dan senja (ketika matahari terbenam) kerana pada waktu ini perubahan warnanya akan kelihatan lebih terserlah.
2. Yellow Mountain – Sea Of Cloud Kebiasaannya kita perlu mendongak kalau nak tengok awan kan? Tetapi di Yellow Mountain yang terkenal dengan nama jolokan ‘Sea of Cloud” yang terletak di wilayah Anhui, China ini, anda perlu tunduk ke bawah untuk melihat kepulan awan yang cantic seperti kapas. Yellow Mountain ini memang terkenal dengan pemandangan yang cantik, keindahan suasana matahari terbenam, pokok-pokok pain, salji di musim sejuk, mata air panas serta permandangan awan dari atas. Kalau anda perasan, Yellow Mountain ini selalu jadi subjek dalam lukisan tradisional China dan kesusasteraan. Tidak mahu mendaki? Tak mengapa, anda boleh menaiki kereta kabel!
3. Hongcun Ancient City Kalau sebelum ini anda hanya melihat desa kuno berusia 900 tahun ini menerusi lukisan, ambil peluang untuk melihat dengan mata sendiri dengan lebih dekat. Tempat ini mendamaikan kerana dikelilingi tasik dan menyejukkan mata. Nak tahu tak, Hongcun Ancient Village ini juga pernah menjadi latar filem Crouching Tiger, dan Hidden Dragon.
4. Li River & Yangshuo Pencinta alam semula jadi pasti suka tempat yang memiliki landskap paling cantik di China ini. Sungai Li dilatari dengan bukit-bukit batu kapur dan disenaraikan sebagai “Top 10 Watery Wonders” oleh National Magazine Amerika Geografi dan “15 Best Rivers For Travelers” oleh CNN Travel. Jadi, WAJIB datang ok ke Li River dan Yangshuo terletak di Guilin, China ini ya!
5. Tasik Warna-Warni Jiuzhaigou Jiuzhaigou National Park ialah sebuah taman negara dan rizab alam semula jadi yang terletak di utara Sichuan, China. Taman ini mudak diakses dengan berjalan kaki atau menaiki bas,dan anda juga berpeluang untuk bercamping di sini. 九寨沟(Jiǔzhàigōu) bermaksud ‘Nine Village Valley’ dan ia merujuk kepada sembilan buah perkampungan Tibet dikawasan tersebut. Waktu terbaik untuk datang kesini ialah pada bulan September hingga November kerana anda akan dapat melihat keemasan musim luruh, langit biru serta tasik berwarna turquoise!
6. Kota Avatar, Jambatan Kaca Tertinggi di dunia di Zhangjiaje! Zhangjiajie terletak di Hunan ini popular selepas menjadi latar belakang filem Avatar. Ada beberapa tempat di sekitar Zhangjiajie ini yang sememangnya layak digelar sebagai syurga dunia seperti Heaven’s Gate Mountain dan Zhangjiajie glass bridge!
7. The Thousand Island Lake, Zhejiang Qiandao Lake atau Thousand Island Lake terletak di Zhejiang, China. Ia adalah tasik buatan yang terbentuk selepas pembuatan empangan hidroelektrik Xin’an River. Tunggu apa lagi? Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan. Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar