,
Laman Utama

Anda Mungkin Tak Percaya Jumlah Wang Yang Mariah Carey Raih Menerusi Lagu All I Want For Christmas Is You

Izwan Isa
25/12/2022
15:50 MYT
Lagu All I Want For Christmas Is You nyanyian penyanyi popular Mariah Carey cukup sinonim dengan sambutan perayaan Krismas.
Sungguhpun ada beribu lagu bertemakan Hari Natal yang diterbitkan oleh penyanyi Hollywood, namun, All I Want For Christmas Is You tetap menjadi pilihan.
Justeru, tidak mustahil lagu berkenaan sekali lagi menduduki tangga pertama carta Billboard 100 pada tahun ini.
Selain itu, lagu berkenaan turut menerima 1.3 bilion jumlah putaran di platform penstriman popular Spotify.
Namun tahukah anda berapa banyak Mariah menerima bayaran untuk lagu tersebut?
Menurut Billboard, All I Want For Christmas Is You menerima bayaran sebanyak AS$1.36 juta (RM6 juta) pada tahun lalu.
Menurut Billboard, trek itu menggerakkan 1.747 juta unit penggunaan di Amerika Syarikat untuk tahun lepas. Berdasarkan metrik itu sahaja, All I Want For Christmas Is You berkemungkinan memperoleh sekitar AS$1.36 juta (RM6 juta). Jumlah tersebut akan diagihkan antara penyanyi dan labelnya, Sony Music.
Kemudian, kita boleh kira jumlah AS$378,000 (RM1.67 juta) lagi berdasarkan penerbitannya di Amerika Syarikat.
Sudah tentu, bilangannya berkembang dengan pesat apabila anda mempertimbangkan prestasinya di peringkat global.
Billboard menganggarkan pendapatan global pada lagu tersebut berjumlah AS$4.5 juta (RM19.9 juta) daripada rakaman induk manakala AS$1.66 juta (RM7.34 juta) bagi keuntungan penerbitan.
Mariah berkemungkinan memperoleh AS$1.55 (RM6.85) daripada rakaman induk dan mungkin telah menerima sebanyak AS$830,000 (RM3.6 juta) daripada yuran penerbitan.
Hal Ini bermakna dia memperoleh AS$2.28 juta (RM10 juta) daripada All I Want For Christmas Is You dalam masa dua bulan, dan itu hanya berdasarkan versi lagu dan data penstrimannya.
Boleh dikatakan, Mariah untuk meraih lebih wang dengan melesenkan lagu berkenaan dengan cara lain juga.
Untuk rekod, menurut Celebriti Net Worth mendedahkan yang Mariah Carey bernilai dianggarkan AS$340 juta (RM1.5 bilion).
Sumber: JustJared
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hiburan

Mariah Carey Hilang Ibu & Kakak Yang Pernah Mahu Menjualnya Kepada Bapa Ayam, Meninggal Dunia Pada Hari Sama

gempak
27/08/2024
00:55 MYT
Penyanyi popular Mariah Carey sedang berduka apabila kehilangan dua insan terdekat dalam hidupnya.
Viral

Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan

gempak
05/05/2024
06:23 MYT
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
Laman Utama

7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?

gempak
21/12/2023
14:55 MYT
Berpisah jua...
Laman Utama

Ini Sebab Kenapa Dah 7 Tahun Mariah Carey Tak Pernah Memandu Kereta

gempak
19/11/2023
13:55 MYT
Begitulah...