,
Advertorial

Anda Memang 'Super Cool' Jika Berani Naik 5 Roller Coaster Ini!

Mya Amri
26/10/2017
13:08 MYT
Sebut tentang roller coaster, ada yang kecut perut dan ada yang teruja serta tidak sabar mencubanya. Ada yang sanggup terbang beribu kilometer untuk mencubanya. Buat anda yang masih tercari-cari peluang mencabar diri sambil bercuti, jom masukkan 5 lokasi roller coaster ini dalam senarai negara mesti dilawati!
#1 Takabisha
Foto: Wikipedia.org
Tarikan pertama di Fuji-Q Highland Amusement Park yang mesti dicuba. Roller coaster paling curam di dunia dengan terjunan pertama bersudut 121 darjah ini terletak di Jepun! Lebih membuatkan paras adrenalin mencanak naik ialah kelajuannya 100km/j, bolehlah anda melihat kecantikan gunung Fuji!
#2 Eejanaika
Foto: millionslight.files.wordpress.com
Juga terletak di Fuji-Q Highland Amusement Park. Permainan berketinggian 76m dan berkelajuan 126 km/j ini juga antara yang mesti dicuba. Apa yang best tentang permainan ini? Kerusi tempat duduk yang boleh berputar 360 darjah. Ada masa anda memandang ke hadapan dan ada masa ke belakang.
#3 Colossus
Foto: www.thorpepark.com
Salah satu tarikan di Thorpe Park. Colossus, beri anda pengalaman berada dalam roller coaster yang berpusing-pusing di landasan yang dibina seperti pemutar skru. Bukan sekali tetapi terdapat 10 pusingan.
#4 Formula Rossa
Foto: Wikipedia
Roller coaster terpantas di dunia yang terletak di Ferrari World di Abu Dhabi. Kelajuan permainan ini mencapai 240km/j, hampir menyamai kepantasan kereta di litar Formula One. Dan jika telah tiba di sini, rugilah jika tidak mencuba permainan Flying Aces dengan tujahan tertinggi dan kelajuan sehingga 120km/j, sememangnya memberi pengalaman 'wow' buat anda!
#5 Millennium Force
Foto: www.thorpepark.com
Roller coaster ke-14 yang dibina di taman teman ini terletak di Cedar Point Amusement Park di Ohio. Roller coaster ini telah memecahkan enam rekod dunia sebagai Giga Coaster pertama iaitu roller coaster yang melebihi ketinggian 91m dengan kelajuan 150km/j. Sehingga kini Millennium Force masih menjadi salah satu roller coaster tertinggi dan terpantas di dunia.
Huh! Ada yang teruja dan memasang impian menjejaki lokasi yang kami sebutkan, ada juga yang kecut perut. Cabaran seperti ini tidak terhad kepada jantina asalkan anda melepasi had berat dan ketinggian yang ditetapkan.
Jika anda gemarkan aktiviti yang memacu adrenalin, jom sertai My Cabaran Shaylanista. Anda bukan sahaja berpeluang merehatkan minda ke lokasi-lokasi theme park terpilih, dan lebih cool berpeluang melakukan cabaran theme park bersama selebriti! Bayangkan anda berada dalam video ini bersama Nabil, dan lebih best merasai pengalaman menaiki roller coaster paling cerun di dunia!
Jangan jadikan tudung sebagai penghalang anda melakukan aktiviti lasak yang menguji kekuatan fizikal dan mental, cabaran yang memacu adrenalin ataupun aktiviti kegemaran. Masalah rambut? Safi Shayla ada penyelesaian untuk masalah rambut wanita bertudung.
Safi Shayla memahami masalah wanita bertudung yang sering mengalami kegatalan kulit kepala dan rambut berbau.
Diformulasi khas dengan Habbatus Sauda yang menyekat pembiakan bakteria, pada masa sama menyegar, melindungi dan mencantikkan rambut. Rambut anda kekal wangi sehingga 24 jam walaupun memakai tudung sepanjang hari.
Layari www.safi.com.my untuk info lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar