VIRAL
Ananda Natasha Dakwa Emosi Tertekan, 'Diserang' Bekas Mentua? - "Dia Sering Hantar Mesej ..."
Personaliti media sosial, Ananda Natasha atau lebih dikenali sebagai Tasha, berharap tidak lagi dikaitkan dengan kisah silam dan mahu fokus membina kehidupan baru.
BERITA TRENDING: Ananda Natasha Tak Kisah Ada Pihak Sebelahkan Andika Putera, Anggap Setiap Orang Ada Hak Beri Pendapat - "Manusia Ada Macam-Macam Pendapat"
BERITA TRENDING: Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”
BERITA TRENDING: Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”
Menurut Natasha, emosinya terjejas akibat mesej yang diterima daripada bekas mentua, yang sering mengungkit masa lalu.
“Bila kita dah mula berdamai dengan diri sendiri, ada saja yang datang. Bila saya dapat mesej seperti itu, ia mengganggu emosi saya.
“Saya dapat mesej itu dari bekas mentua saya. Sebenarnya, saya sangat sayang dia sebab dia banyak tolong saya semasa saya berkahwin dengan anaknya dulu.
“Tapi dia sering kali hantar mesej mengungkit-ungkit. Saya rasa trauma dan mental saya terganggu. Setiap bulan dia mesej saya.
“Dia rasa saya punca utama anak dia jadi begini sekarang,” katanya yang enggan berkongsi secara terperinci mengenai mesej yang diterimanya.
Tasha berkata demikian kepada media ketika majlis pelancaran lagu baru Minaz oleh Ananda Natasha serta soft launch Pop-Up Store di Bangi Sentral, baru-baru ini.
.jpg)

Dalam pada itu, Natasha menegaskan hubungannya dengan bekas suami, Andika Putera, berada dalam keadaan baik.
“Saya okay saja dengan Andika. Kami borak tentang anak (Alisha Puteri) saja,” tambahnya.
Sementara itu, pengasas Minaz, Hafiza Abdul Hamid, mendedahkan bahawa pemilihan Natasha sebagai penyanyi lagu Ada Untuk Diriku adalah untuk membawa nafas segar dalam industri seni selepas sekian lama berehat.
Menurut Hafiza, lagu tersebut menggambarkan kecekalan, penemuan diri, dan keberanian untuk menerima siapa diri kita sebenarnya.
"Saya kembali ke dunia muzik kerana mahu hasilkan karya yang lebih baik dan bermanfaat untuk masyarakat.
"Bila pasukan tanya siapa yang sesuai, saya terus terfikirkan Tasha. Bila saya hubungi dia dan tawarkan lagu, dia terkejut dan tak percaya.
"Pada mulanya, Tasha ragu-ragu dengan kemampuan menyanyi, tapi selepas mencuba, semuanya berjalan lancar hingga kami terus rakam lagu ini.
"Saya sangka dia tak suka lagu saya, tapi hari ini, dia sendiri menangis," ujarnya.
Lagu Ada Untuk Diriku bakal dilancarkan di semua platform pada 14 Mac ini.
Must-Watch Video