,
Hiburan

Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

Firdaus
24/07/2024
09:25 MYT
Personaliti media dan juga bekas isteri kepada pempengaruh Andika Putera, Ananda Natasha menyatakan bahawa dirinya akan membuat pendedahan berkaitan perselingkuhan bekas suaminya sekiranya terlalu banyak campur tangan daripada pihak keluarga sebelah lelaki.

"Sekiranya keluarga sebelah Andika terlalu mendesak saya untuk dedahkan saya akan bongkarkan secara terang-terangan...

Ananda Natasha atau lebih mesra disapa sebagai Tasha ketika dihubungi Gempak berkata inisiatif itu akan diambil sekiranya pihak keluarga Andika sering mencabarnya untuk membongkarkan bukti berkaitan kecurangan yang dilakukan.
"Saya rasa saya tak akan dedahkan video tu sebab ia sangat mengaibkan, cuma sekiranya keluarga sebelah Andika terlalu mendesak saya untuk dedahkan saya akan bongkarkan secara terang-terangan.
"Sebab sekarang saya nampak mereka bengang dengan saya seolah-olah mahu membela diri sendiri," katanya.

Keluarga Tak Tahu Sebab Cerai

Menjelaskan lebih lanjut, Tasha mengakui keluarganya tidak tahu menahu tentang sebab di sebalik penceraiannya dengan Andika.
"Keluarga saya memang tak tahu sampai sekarang, saya tak beritahu kisah saya dekat keluarga saya.
"Keluarga saya dekat kampung memang tak tahu apa-apa, saya tak nak beritahu sebab kami duduk jauh dan ibu saya risau dengan keadaan saya di sini.
"Saya tak beritahu alasan sebab kami bercerai. Apa yang saya beritahu keluarga saya sebab kami bercerai adalah kerana kami tidak sehaluan," jelasnya.

BERITA TRENDING:Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

​BERITA TRENDING:"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

​BERITA TRENDING:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

​BERITA TRENDING:Andika Putera Kini Pegang Status Duda, Sah Bercerai Selepas 4 Tahun Berkahwin - “Terima Kasih Jadi Isteri Terbaik”

Sekadar info, sebelum ini Andika Putera mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaannya curang adalah tidak benar.
Imbas kembali, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar