,
Laman Utama

Anak Tunggal Elvis Presley, Lisa Marie Presley Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Amri Hassan
13/01/2023
02:22 MYT
Anak tunggal bintang legenda, Elvis Presley, Lisa Marie Presley, 54, meninggal dunia akibat mengalami serangan jantung.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh ibu penyanyi itu, Priscilla Presley.
"Dengan dukacitanya saya memaklumkan anak perempuan saya telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan kepada media antarabangsa.
Terdahulu paramedik Los Angeles County dikejarkan ke sebuah kediaman di Calabasas sekitar pukul 10.37 pagi waktu tempatan selepas mendapat laporan seorang wanita diserang sakit jantung.
Paramedik yang tiba enam minit kemudian melakukan bantuan CPR dan berusaha menyelamatkan Lisa Marie sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Ironi, mantan isteri mendiang Michael Jackson itu, 54, baru dilihat hadir ke anugerah Golden Globe yang berlangsung Selasa lalu untuk meraikan kemenangan Austin Butler yang memainkan karakter mendiang bapanya, Elvis.
Beberapa hari sebelumnya, dia dilihat berada di Memphis, Tennessee, tepatnya di Graceland — kediaman mewah yang pernah diduduki Elvis untuk merayakan ulang tahun mendiang pada 8 Januari 2022.
Sebelumnya, Lisa Marie sempat menuliskan kedukaan yang disiarkan di majalah People selepas anak lelakinya, Benjamin Keough ditemui mati bunuh diri pada 2020.
“Saya telah berdepan dengan soal kematian dan kehilangan sejak usia 9 tahun. Saya punya lebih banyak pengalaman dari sesiapapun untuk dikongsi dan melaluinya sepanjang hidup saya,” tulisnya pada Ogos.
Lisa Marie juga merupakan ibu kepada pelakon Riley Keough dan sepasang kembar perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.