,
Berita

Anak Syahmi Sazli Buat Kejutan! Sofa, Meja Di Pejabat Habis Diconteng Guna Marker! - "Dahlah Pengerusi Finas Nak Mari Office Minggu Ni"

ZULHILMI JALIL
13/12/2020
02:57 MYT
Pelakon dan pengarah, Syahmi Sazli berkongsi satu video memaparkan gelagat anak perempuannya yang memberi 'kejutan' kepadanya.
Dalam video itu, pengarah filem Mael Totey The Movie itu terkejut apabila perabot di pejabatnya dipenuhi dengan contengan yang dilakukan anaknya, Ainul Mardhiah.
Beberapa perabot termasuk sofa dan meja sudah dipenuhi hasil 'seni' anaknya dengan marker berwarna merah.
Lebih memeningkan, apabila menurut Syahmi dia bakal menerima kehadiran tetamu penting dalam masa terdekat.
"Allah anak aku...abih nyo koghaa (conteng) sofa meja office.. tak hilang, marker permanent. Dahlah pengerusi Finas nak mari office minggu ni," katanya.
Bukan setakat perabot, bahkan wajah anaknya bakal menginjak usia dua tahun itu juga turut dipenuhi dengan contengan marker.
"Siapa tahu macam mana nak tanggalkan. Dekat muka pun tak tanggal ni," tanya Syahmi kepada pengikutnya di Instagram.
Tidak lama kemudian, Syahmi dilihat bertindak cuba menghilangkan kesan contengan tersebut menggunakan pelbagai bahan semburan.
Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila contengan tersebut masih meninggalkan kesan.
Begitupun, apa yang mencuri tumpuan, Syahmi kemudian menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menanggalkan kesan kotoran tersebut.
"Pakai sabun pinggan juga yang berkesan. Guna wax untuk kereta ni pun tak boleh hilangkan.
"Terima kasihlah, lakulah (sabun pinggan) lepas ni," ngomelnya dalam Insta Story.
Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat anak kecilnya itu.
"Ainul tengah explore tu. Dia jadi kreatif. Nanti beli baru dan bagi dia kertas banyak-banyak.
"Muka Ainul senyum tak puas lagi buat corak di kerusi.
"Bila sel-sel otak dah berhubung, bijak-bijak," komen sebahagian pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.