,
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

Awani
06/09/2024
15:29 MYT
"Anak saya dibedung, disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal." Itu pendedahan bapa kepada bayi berusia lapan bulan yang maut ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, pagi tadi.
Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, dia yang ketika itu sedang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi dihubungi oleh isterinya kira-kira pukul 9 pagi memaklumkan menerima panggilan daripada pihak taska bahawa anak tunggalnya tidak sedarkan diri.
Katanya, apabila isterinya Sabrina hakiem Zaini, 39, sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.

"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami, sebelum kami membuat keputusan mencuba untuk menghantar bayi kami di taska ini, yang terletak dalam kawasan rumah kami.

"Selepas isteri saya telefon, saya terus bergegas balik ke Melaka dan apabila saya pergi ke taska tersebut saya memang terkejut melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang jelas nampak perbuatan salah seorang penjaga," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka.

Pihak taska gagal beri alasan

Mengulas lanjut katanya, dia ada bertanya kepada pihak taska namun mereka gagal memberi sebarang alasan, sebelum dia melihat sendiri rakaman CCTV.
"Saya mula-mula boleh terima kalau anak saya meninggal sebab tersedak susu atau jatuh sebab di luar kawalan... kita tidak tahu kan... tetapi saya terkejut apabila (rakaman) CCTV tunjuk semua benda (penderaan) ini dibuat sendiri oleh salah seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun yang jaga dia.
"Itu memang saya tak boleh terima dan saya harap benda ini diambil tindakan supaya tak jadi pada orang orang lain... lebih-lebih lagi apabila saya lihat sendiri rakaman CCTV itu dengan pihak polis," tambahnya.
Selain itu luahnya, dia tidak menyangka taska berkenaan tidak mempunyai lesen operasi yang sah memandangkan pusat asuhan itu sudah lebih empat tahun beroperasi di taman perumahan itu, selain tidak pernah berlaku kes seumpama itu.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Viral

Penari Balet Terkenal Dunia Maut Jatuh Bangunan 5 Tingkat

gempak
18/11/2024
01:34 MYT
Industri tarian balet kehilangan seorang penari terbaik dunia, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada 16 November 2024.
Unitar