,
Laman Utama

Anak Perempuan Bill Gates Kahwin Di Ladang Kuda Miliknya Bernilai RM77 Juta

Maliah Surip
17/10/2021
07:45 MYT
Anak perempuan Bill Gates, Jennifer Katherine Gates selamat berkahwin dengan kekasihnya, Nayel Nassar yang merupakan seorang jutawan dan equestrian di ladang kuda miliknya.
Majlis perkahwinan tersebut yang didakwa menelan belanja sekitar $2 juta atau RM10 juta dilaporkan dirancang pada saat akhir.
Walaupun diadakan secara tergesa gesa, namun majlis tersebut berjalan penuh mewah di ladang kuda yang bernilai $16 juta atau RM77 juta di Selatan Salem, New York pada Sabtu, lapor DailyMail.com.
Sumber seperti jiran mendedahkan, pasangan tersebut membina banyak khemah mewah sebagai persediaan jika cuaca bertukar buruk memandangkan Jenn, 25, pada awalnya mahu menjalankan majlis tersebut secara outdoor.
"Salah seorang pengawal Jenn juga mengatakan majlis itu hanya menerima tetamu dalam kalangan VIP," ujar sumber lain pula.
Ladang kuda tersebut dibelikan Gates dan mantan isterinya, Melinda Gates buat anak perempuan mereka itu pada tahun 2018 selepas Jenn menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan dari Stanford University.
Gates dan Melinda yang bercerai pada Ogos lalu selepas berkahwin selama 27 tahun juga dilihat hadir meraikan perkahwinan anak mereka dan melayan tetamu yang datang.
Jenn dan Nayel bertunang pada Januari 2020 di Eygpt.
Kredit Foto: DailyMailUK Instagram: @jennifergates
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.