,
Laman Utama

Anak Pendakwah Terima Hantaran Lebih 1 Bilion Rupiah, Jadi Bualan Ramai!

Gempak
21/12/2023
13:45 MYT
Seorang pengantin perempuan mendapat hantaran daripada pasangannya dengan nilai keseluruhan lebih 1 bilion rupiah (RM300,000) di Tasikmalaya, Jawa Indonesia, lapor portal berita Jawa Pos.com.
Pengantin wanita dikenali sebagai Ning Qu atau nama sebenarnya, Qurrotu Aini Rahman itu merupakan anak sulung kepada pendakwah terkenal, Syekh Akbar Muhammad Fathurahman.
Dia yang berkahwin dengan seorang pemuda, Muhammad Faisal Ramadhan mendapat wang tunai sebanyak 500 juta rupiah (RM150,186) bersama 500 gram emas, dengan nilai keseluruhan lebih 1 bilion rupiah baru-baru ini.
Sebelum melangsungkan akad nikah di Masjid Besar Al Fattah, Tasikmalaya, Muhammad Faisal datang dengan menaiki seekor kuda tinggi lagi besar.
Berita pernikahan itu mendapat komen netizen dengan ada menyatakan rasa kagum dengan nilai hantaran tersebut.
“Emas 500 gram, wang 500 juta. Mudah-mudahan rezekinya bertambah,” kata seorang netizen. – AGENSI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.