HIBURAN
Anak Minat Berniaga Sejak Kecil, Wawa Zainal & Aeril Zafrel Serba Salah - “Saya Nak Dia Seronok Semasa…”
Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal meluahkan kebimbangannya terhadap masa depan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang mula menunjukkan minat dalam bidang keusahawanan pada usia muda.
Menerusi perkongsian di media sosial, Wawa mengakui dia dan suaminya, Aeril Zafrel kini dalam dilema sama ada untuk terus menyokong atau memperlahankan penglibatan anak mereka dalam dunia perniagaan.
“Saya dan Aeril dalam dilema. Adakah Hayle terlalu muda atau berbakat pada usia muda.
“Masih memikirkannya, saya nak dia berseronok semasa zaman kanak-kanaknya. Masih tertanya-tanya, betul ke saya buat ini untuk menggalakkan Hayla menceburi dalam perniagaan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju untuk Wawa terus menyokong minat puterinya itu.
Bagaimanapun, mereka juga menasihatkan pelakon Sabda Kekasih itu untuk mengehadkannya supaya seimbang dengan pelajaran.
“Teruskan boleh tapi kena limit order & timing. Jgn ambil order terlalu byk sampai dia rasa penat & tak enjoy dah nk buat.
“Let her be kids..take orders whenever she's ready.. & stop when she feeling tired & heavy
“Bagi yanie, ok je.. teringat adik sedara yanie cari duit kat sekolah, buat kerja sekolah kwn2 dpt duit
“Bagus! Good exposure. Dia ada skill, and dia suka apa dia buat. Teruskan
“Too early for me. Takut dah merasa pegang duit banyak hilang minat belajar dan menuntut ilmu. Melainkan kalau awak buat itu jadi hobi anak2. Biar mak ayah yang buat berbisnes. Dah besar baru fikir bisnes.
“Takpe just support je minat anak2. Tapi if one day dia hilang minat jgn paksa untuk teruskn. Big hug for hayla sbb ada keyakinan tinggi nk buat business.
“I'm not mommies yet but for me, parents should support passion anak2. Lgpn kids ni passion dia akan berubah2 seiring dgn waktu. Sebab dorang akan sentiasa develop new passion when expose with different environment. As long as benda tu makes her happy by doing it, good for her development & experience, it should be fine,” komen netizen.
Must-Watch Video