,
Laman Utama

Anak Menangis Lihat Shukri Yahaya Kemalangan Di Litar, Ezzrin Loy Mohon Maaf Siap Datang Bawa Hadiah

Mya Amri
05/06/2023
23:55 MYT
Nama pelakon, Ezzrin Loy menjadi hangat di platform TikTok selepas didakwa menjadi punca aktor terkenal, Shukri Yahaya kemalangan dalam Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) yang berlangsung pada Ahad.
Lebih-lebih lagi apabila tular sebuah video di TikTok merakamkan kereta dipandu Shukri hilang kawalan selepas berlanggar dengan kenderaan yang didakwa dipandu Ezzrin.
Malah ruangan komen video itu juga dipenuhi dengan kritikan netizen yang menyalahkan cara pemanduan Ezzrin.
Lagi menyedihkan apabila anak perempuan Shukri iaitu Ameena yang menonton perlumbaan itu menangis sebaik sahaja melihat bapanya kemalangan.
@kakbee91
Alhamdulillah…. you forever champion ?♬ Hall of fame
Bagaimanapun Ezzrin menerusi akaun Instagramnya menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan salah faham netizen berkenaan kejadian yang berlaku.
“Saya dengan seikhlas hati memohon maaf kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan terutamanya Shukri Yahaya dan Hefny Saad.
“Selepas perlumbaan, tindakan pertama saya adalah bertemu dengan kedua pemandu (Shukri, Hefny) dan memohon maaf kepada mereka. Saya menghormati kedua-duanya kerana mengambilnya secara profesional.
“Saya telah dipanggil oleh pengarah perlumbaan untuk menyiasat tentang kejadian tersebut, saya didapati tidak bersalah dan saya dilepaskan dengan NFA.
“Jangan salah faham, saya benar benar minta maaf atas apa yang berlaku dan berharap agar kejadian seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang.
“Kepada peminat yang terkesan dengan kejadian itu secara emosi, anda berhak untuk berasa begitu dan saya mohon maaf,” jelasnya.
Dalam pada itu, Shukri menerusi ruangan Insta Story miliknya memuat naik perkembangan terkini keadaannya.
“Semuanya baik-baik sahaja, jangan risau kita okay,” tulisnya ringkas.
Malah Shukri juga turut merakamkan kehadiran Ezzrin ke rumahnya sambil membawa hadiah untuk anak-anaknya sebagai tanda minta maaf.
“Ni gentleman punya kelakuan, comel, sweet Ezzrin ni. Okay dah main sentimen anak ni kira selesai lah. Terima kasih,” coretnya.
Untuk info, Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) tahun ini sudah memasuki musim ke-6.
Perlumbaan Vios Challenge menampilkan selebriti kesayangan Malaysia beraksi dalam kumpulan Promotional Class.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.