,
Laman Utama

Anak Kelantan Cipta Nama Di Indonesia, Suara Merdu Azura Pedora Bolos Carta No.1! - "Saya Akui Nama Kurang Dikenali Di Malaysia"

Amri Hassan
13/04/2023
11:51 MYT
Penyanyi dan penyampai radio kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Azura Pedora memberanikan diri untuk mencuba nasib di Indonesia dengan mempertaruhkan lagu Kemarau Cinta pada 2015.
Azura atau nama sebenarnya Azura Lisa Aziz, 42, bagaimanapun tidak menyangka lagu terbabit mendapat sambutan hangat di negara jiran Indonesia.
"Alhamdulillah, lagu Kemarau Cinta mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar di Indonesia. Malah, setiap lagu dendangan saya yang diputarkan di kebanyakan stesen radio membolosi carta Top 1 Hits di Indonesia.
"Antaranya, lagu Ku Tahu Kau Di Hatiku, Atas Kehendak Mu, Ikatan Kasih, Hari Hari Berhari Raya dan Tingkah Aidilfitri," katanya.
Azura berkata, lagu Ikatan Kasih yang dihasilkan pada 2016 sehingga kini masih menduduki carta Top 1 Hits di Indonesia.
“Manakala, lagu duet bersama penyanyi dangdut Indonesia, Khairat KDI berjudul Again Dan Lagi Dan Lagi masih menduduki carta Top 1 Hits membolosi carta di 11 stesen radio di Indonesia,” katanya.

Kolaborasi penyanyi Padang, Khairat KDI

Menyentuh kolaborasi bersama penyanyi berasal dari Padang, Indonesia, Khairat KDI, Azura berkata, lagu Again Dan Lagi Dan Lagi ciptaan dan lirik oleh penerbit yang juga komposer dari Singapura, Denzai ZBH.
Denzai ZBH yang juga suami Azura adalah penerbit lagu Again Dan Lagi Dan Lagi, manakala susunan muzik dihasilkan oleh komposer Indonesia, Ruby Wahyu.
“Rakaman vokal lagu Again Dan Lagi Dan Lagi ini dihasilkan di sebuah studio di Sukabumi, Jawa Barat ketika saya mengadakan konsert siri jelajah ketiga di Indonesia pada Disember tahun lalu,” katanya.

Konsert siri jelajah Indonesia

Mengulas konsert siri jelajah ketiga di Indonesia, ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, ia dijayakan bersama artis ZBH Music pada penghujung tahun lalu.
“Konsert ini mendapat sambutan hangat peminat. Saya bersama Khairat KDI yang juga artis di bawah naungan ZBH Music menghiburkan peminat dalam beberapa siri persembahan.
“Saya mempromosikan lagu Atas Kehendak Mu, manakala Khairat KDI pula mempertaruhkan lagu Cinta Warna Iris. Dua-dua lagu ini ciptaan oleh Denzai ZBH,” katanya.
Kata Azura lagi, dia juga sedang rancak mengadakan promosi lagu Atas Kehendak Mu di beberapa stesen radio di Jakarta, Sukabumi, Makasar dan Bali.
“Selain itu, saya dan Khairat KD berpeluang bertemu peminat dan mengadakan persembahan di Sukabumi dan Makasar, tahun ini,” katanya yang mula menyanyikan lagu kerohanian selepas berhijab pada 2018.

Lebih popular di Indonesia

Mengulas namanya lebih dikenali di Indonesia berbanding Malaysia, Azura berkata, dia lebih suka melihatnya dari sudut positif.
“Saya akui penerbit lagu, Denzai ZBH lebih banyak berkolaborasi dengan komposer di Indonesia, jadi nama saya kurang dikenali di Malaysia.
“Saya sering berulang-alik ke Indonesia bila terbabit dengan acara dan promosi lagu.
“Selain Indonesia, saya juga memiliki satu pasukan yang mempromosikan dan menerbitkan single dan album di Perth, Australia,” katanya.

Lancar lagu di Perth

Pada 2010, album pertama berjudul Kita Ke Akhirnya dilancarkan di Perth, ia diikuti album kedua, Terus Ke Hati yang menggunakan khidmat Denzai ZBH sebagai penerbit memilih negara Kangaru itu untuk meraikan majlis pelancaran album.
Azura berkata, dia bernasib baik suaminya, Denzai ZBH memiliki taraf penduduk tetap Australia dan pernah menetap di sana selama beberapa tahun.
“ZBH Music yang bertapak di Perth milik suami menyunting saya sebagai artis pertama dan kekal hingga hari ini,” katanya.
Mengimbas latar belakang sebagai penyanyi, Azura mula bergiat aktif dalam dunia nyanyian sejak di bangku sekolah, malah sering memasuki pelbagai pertandingan nyanyian di seluruh Malaysia.
Bakatnya dalam bidang nyanyian berkembang apabila dilamar syarikat rakaman dan pengurusan, ZBH Music yang menghasilkan lagu untuk pasaran Indonesia dan Australia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.