,
Laman Utama

Anak Kelahiran Muar Dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi NASA

Azwa Rahman
10/05/2022
17:22 MYT
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga atas kejayaan wanita kelahiran Muar yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruteknologi di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA), Amerika Syarikat.
Kisah Florence Tan yang berasal dari kampung nelayan di daerah itu dan sedang berkhidmat di Ibu Pejabat NASA, tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini, Sultan Ibrahim bertitah, pencapaian membanggakan wanita itu telah mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa.
"Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini sehingga menempa nama di luar negara.
"Ini juga merupakan satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa,” titah Sultan Ibrahim.
Menurut Sultan Ibrahim, kejayaan Florence akan menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan di peringkat dunia.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kenali Dr Wan Wardatul Amani, Saintis Malaysia Pertama Terlibat Dalam Misi NASA ke Marikh!

gempak
19/04/2024
06:00 MYT
Mungkin ramai diantara kita tidak mengenali beliau, namun pada April 2014 seorang saintis, Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim berjaya mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebang
Laman Utama

Menakjubkan! NASA Kongsi Imej Pillars of Creation, Berusia 6,500 Tahun Cahaya

gempak
22/10/2022
15:52 MYT
Imej terkini Tiang-tiang Kejadian (Pillars of Creation) yang cukup memukau telah dikongsikan oleh NASA.
Laman Utama

[VIDEO] Bumi Dah Selamat, Kapal Angkasa Bersaiz 'Mesin Gedegang' Berjaya Hentam Asteroid Dimorphos

gempak
27/09/2022
05:30 MYT
Kapal angkasa hentam asteroid
Laman Utama

NASA Tangguh Hantar Roket Ke Bulan Sebab Masalah…

gempak
30/08/2022
00:04 MYT
Roket ada masalah tak dapat ke bulan?
Hiburan

Anda Boleh Tempah ‘Kubur’ Di Bulan Dengan Harga....

gempak
01/12/2020
09:26 MYT
Macam-macam dijualnya di Bulan