gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tak Tahu Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Antara Alasan Popular - JPJ
BERITA
Lelaki 75 Tahun Mahu Cerai Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Wanita AI
VIRAL
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Anak Kak KM Tak Menyesal Potong Rambut, Rimas Ambil Masa Satu Jam Nak Buat Sanggul - “Tak Ada Siapa Paksa, Saya Sendiri Mahu”

Mya Amri
Mya Amri
23/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Anak Kak KM Tak Menyesal Potong Rambut, Rimas Ambil Masa Satu Jam Nak Buat Sanggul - “Tak Ada Siapa Paksa, Saya Sendiri Mahu”
Anak kepada usahawan sensasi Kak KM, iaitu Nabila tampil menjelaskan tentang pemotongan rambut dan juga berhenti daripada latihan sebagai pramugari di syarikat penerbangan antarabangsa, Singapore Airlines.

Tak menyesal potong rambut

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, tidak tumbul rasa menyesal dengan penampilan barunya kerana keputusan memotong rambut itu dibuat tanpa paksaan sesiapa.

“Saya tak disuruh pun tapi saya yang nak potong sebab nak buat sanggul time tu satu jam saya nak buat rambut bagi betul betul kemas.

“Pukul berapa pula saya nak bangun. Jadi saya rasa tak boleh lah nak spend banyak masa untuk rambut. Saya terus tanya dia boleh saya potong rambut?

“Kemudian dia kata okay awak akan kelihatan lebih baik. Masa itu jugalah saya terus face time mama tanya lawa tak kalau saya potong tambut sebab malas nak buat sanggul.
“Selepas itu mama kata potonglah biar nampak fresh, jadi saya pun okay dan potong di sana.
“Tak adalah istilah menyesal potong rambut sebab tiada siapa paksa pun. Saya sendiri yang mahu,” jelasnya menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Berhenti jalani latihan pramugari

Sementara itu, mengulas mengenai kerjayanya di sana, Bella memaklumkan telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjalani latihan sebagai pramugari di sana.
Bella berkata dia tidak dapat berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang lama.

“Saya rasa saya tak boleh, pekerjaan itu memang bukan untuk saya, tak sesuai untuk saya. Selepas itu saya pun tak gembiralah mama menangis dekat rumah. Saya nak mama gembira sekali.

“Memang sudah tertulis rezeki saya bukan dekat sana, begitulah ceritanya. Kerja dekat sana okay sahaja.

“Cuma saya yang tak boleh berjauhan dengan keluarga, jadi itu sahajalah, saya dah berhenti dan duduk rumah,” jelasnya.

Percaya ada hikmah

Bagaimanapun kata Nabila, di sebalik keputusan yang diambil itu, dia percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Mesti ada sebab kenapa Tuhan pusingkan hati saya macam itu sahaja. Tiba-tiba begitu sahaja saya rasa nak berhenti.

“Saya percaya semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Saya nak sampai ke peringkat itu pun bukan senang.

“Sesi interview pun tidak mudah. Tapi alhamdulillah memang cubaan kali pertama sahaja.

“Saya tak cuba banyak kali pun, sekali pergi terus dapat cuma ialah beribu-ribu orang yang apply itu saya antara orang yang dapat,” ujarnya.
Terdahulu, Kak KM memaklumkan dirinya akan kerap ulang alik ke Singapura selepas anak sulungnya itu memulakan tugas sebagai pramugari.
Difahamkan Bella perlu menjalani latihan selama empat bulan sebelum bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan tersebut.
@serilarissaa
Punca Bella anak kak km potong rambut pendek
♬ bunyi asal - Seri Larissa
Topic Berkaitan
#Potong Rambut
#Nabila
#Kak KM
#Liana Rosli
#Anak Kak KM
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement