,
Laman Utama

Anak Jutawan Chryseis Tan Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua - “Tak Boleh Sorok Dah..”

Azwa Rahman
04/09/2022
23:32 MYT
Anak jutawan terkemuka dan usahawan Chryseis Tan mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan itu berkongsi berita gembira itu untuk tatapan umum.
“Tak boleh sorok awak lama lagi dah,” tulis Chryseis pada ruangan kapsyen foto yang dimuat naik.
Pada perkongsian tersebut, pewaris Berjaya Group itu mengenakan gaun malam serba hitam sambil memegang ‘baby bump’ yang kini berusia hampir lima bulan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat Chryseis dan suami SM Faliq Nasimuddin serta mendoakan kandungannya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Congratulations, Arianna dapat adik,” komen seorang wargamaya.
“Awww congratulations! Harap kali ini anak lelaki,” ujar seorang wargamaya.
“Tahniah Chrys dan Faliq,” kata seorang wargamaya.
“Awww ada orang dah nak jadi kakak. Tahniah babe,” tulis seorang wargamaya.
“Saya tak percaya awak hamil 5 bulan. Tahniah!” ucap seorang wargamaya lagi.
Dalam pada itu, Chryseis turut membalas titipan tahniah daripada wargamaya dan teman-temannya dengan ucapan terima kasih.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Sekadar info, Chryseis berkahwin dengan pewaris Naza Group Faliq Nasimuddin pada tanggal 4 Februari 2018 di The Chetaeau, Bukit Tinggi, Pahang.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arianna Kyla Tan pada 16 Julai 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Tak Rasa Sakit Langsung” - Bersalin Secara Pembedahan, Chryseis Tan Kongsi Pengalaman Melahirkan Anak

gempak
11/08/2020
10:12 MYT
Tahniah SM Faliq dan Chryseis Tan!
Viral

Perfect! Gemilangnya Majlis Resepsi Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan

gempak
09/07/2018
12:10 MYT
Berita

Foto-Foto Pernikahan SM Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan, Sweet Habis!

gempak
04/02/2018
03:44 MYT
Berita

Faliq Nasimuddin Lamar Anak Vincent Tan, Dua Empayar Besar Bakal Bersatu?

gempak
03/07/2017
09:32 MYT