gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Ini Mimpi Jadi Kenyataan" - Pertama Kali Muncul Di KL, The Lantis Teruja Hiburkan Peminat Konsert Jiwa Kacau
HIBURAN
Wani Kayrie Tak Sangka Muzik Video Cak Cak Cekuk Raih Lebih 500K Tontonan - “Walaupun Agak Perlahan Pada Awalnya…”
HIBURAN
“Nanti Datuk Aliff Syukri Tengok!” – Cik B Merajuk Disakat DSV Lagi, Netizen Terhibur
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Jennie BLACKPINK Didakwa ‘Biadap’ Ketika Arahkan Staf Betulkan Kasut, Peminat Pertahan - “Dia Tekanan Atas Pentas…”

Umirah Halim
Umirah Halim
07/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Jennie BLACKPINK Didakwa ‘Biadap’ Ketika Arahkan Staf Betulkan Kasut, Peminat Pertahan - “Dia Tekanan Atas Pentas…”
Bintang K-pop sensasi, Jennie dari kumpulan BLACKPINK sekali lagi mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen apabila videonya berinteraksi dengan staf ketika konsert tular dan dianggap berkelakuan kasar.
Menerusi satu klip yang dirakam sewaktu konsert sempena pembukaan jelajah dunia mereka, DEADLINE World Tour, Jennie difahamkan menghadapi masalah dengan kasutnya ketika lagu Forever Young sedang berlangsung.
Dalam rakaman tersebut, Jennie dilihat sedang bercakap dengan staf sambil menunjuk ke arah kasutnya, namun gerak tubuhnya yang kelihatan tergesa-gesa dan ekspresi wajahnya yang serius menyebabkan segelintir netizen menganggap penyanyi itu bersikap kurang sopan.
According to OP, JENNIE had a small shoe issue during “Forever Young.” It didn’t seem like part of the planned performance, but she handled it so naturally, and the BLACKPINK members came over to check on her and helped her handle it together. 🥹🫶 pic.twitter.com/tuc02iiZ4y
— jennie (@jenniepics) July 5, 2025
“Cara Jennie tunjuk dan cakap tu nampak macam dia marah. Tak patut layan staf macam tu walaupun tengah show,” komen seorang pengguna di media sosial.
Ada juga yang menganggap Jennie seolah-olah ‘bossy’ dan tidak menjaga adab terhadap krew di belakang tabir yang hanya mahu membantu menyelesaikan masalah teknikal.
Namun begitu, tidak kurang juga peminat yang tampil mempertahankan penyanyi berusia 28 tahun itu.
Mereka menyifatkan tindakan Jennie hanyalah sebagai respon spontan kepada situasi dan tekanan di atas pentas demi memastikan persembahan berjalan lancar.
“Dia tengah perform, kasut pula bermasalah. Reaksi spontan tu normal. Jangan cepat hukum,” kata salah seorang peminat di X.
Terdahulu, keempat-empat anggota BLACKPINK tampil membuat persembahan dua malam berturut-turut di Stadium Goyang, Korea Selatan sempena pembukaan jelajah terbaru mereka.
Konsert tersebut turut menampilkan lagu baharu mereka bertajuk Jump.
Topic Berkaitan
#Blackpink
#Kasut
#Jennie
#Biadap
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement