,
Hiburan

Anak Hos Terkenal Buli Rakan Sampai Masuk Hospital, ‘Ujian’ Sertai Geng

Maliah Surip
20/02/2024
23:52 MYT
Hos dan artis terkenal Vincent Rompies berdepan masalah apabila anak lelakinya terlibat dalam kes buli rakan sekolah sehingga dimasukkan ke hospital.
Jenayah pukul dan buli itu terjadi di sebuah warung di belakang sekolah.

BERITA TRENDING: Pantau Karakter Pembuli Pada Anak Sejak Kecil, Jangan Pula Rasa Cute!

Pelajar lelaki yang dipukul itu mengalami kecederaan sehingga perlu menerima rawatan di hospital.
Ia kemudian menjadi tular sehingga nama anak Vincent terlibat sama.
Meski hos yang juga mengendalikan Vincent di Tonight Show itu tidak memberi kenyataan kepada media tempatan, pihak sekolah mengesahkan kejadian yang membabitkan anak Vincent.

BERITA TRENDING: Keluarga Terima Pampasan Anak Dibuli Di Sekolah RM127 Juta, Termahal Dalam Sejarah

Wakil Binus School Serpong, Haris mengesahkan anak Vincent terlibat sama dan pihak sekolah akan memanggil artis berusia 43 tahun tersebut ke sekolah.
“Iya (anak Vincent Rompies terlibat). Masih dalam proses memanggil para ibu bapa pelajar terlibat,” ujar Haris kepada CNN Indonesia.
Menurut kronologi, pelajar yang identitinya tidak disebut telah dipukul dan dibuli oleh sekumpulan senior termasuk anak Vincent sebagai syarat menyertai geng di sekolah.
Untuk menyertai geng tersebut, antara yang perlu ditanggung adalah dibuli dan dipukul sebagai ujian kekuatan fizikal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.