,
Laman Utama

Anak Bergelar Duta Produk, Ayda Jebat Simpan Semua Payment Dalam Bank - “Sejak Usia 6 Bulan…”

Gempak
11/03/2023
08:55 MYT
Selebriti Ayda Jebat serta suami, Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya ada jenama atau syarikat yang berminat untuk menawarkan anaknya, Ana Nayla sebagai duta produk mereka.
Ayda berkata, dia sentiasa memastikan bahawa sesi penggambaran bagi jenama yang diwakili anaknya itu berjalan pantas dan tidak memakan masa lama.
“September depan Nayla dah masuk dua tahun. Memang agak risau bila Nayla menjalani penggambaran untuk produk. Takut dia penat. Tapi, saya fikir ini rezeki dia dan barangan yang ingin jalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak serta Nayla pun memang menggunakan jenama tersebut.
“Jadi, kami bagi syarat kalau nak buat photoshoot, mestilah kena dihabiskan secepat mungkin. Alhamdulillah, sewaktu sesi photoshoot berlangsung dengan produk bayi Chicco, Nayla beri kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta pasang lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.
Ayda berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumumannya, Nabil dan Nayla sebagai duta Chicco, jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Itali, baru-baru ini.
Selain pengumuman tersebut, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu sterilizer, dryer, bottle warmer dan MYSA stroller.
Mengulas lanjut, Ayda berkata, dia menganggap peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, dan menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan.
“Sejak usianya enam bulan, Nayla dah ada akaun bank. Semua bayaran yang diterima, kami akan simpan dalam akaun Nayla. Dalam masa sama, saya dan suami juga memperuntukkan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.
“Kerjasama Chicco ini memang kami anggap rezeki Nayla. Kami memang menggunakan produk ini semenjak Nayla lahir dan ia memang berkualiti serta mudah untuk digunakan. Semoga apa yang diterima Nayla boleh digunakan untuk Pendidikan dan masa depan Nayla,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar