HIBURAN
Anak Bekas PM Ditahan, Polis Jumpa Dadah Dalam Kereta
Seorang lelaki yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri ditahan polis selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki berusia lingkungan 20-an itu.
"Ya, saya sahkan (penahanan itu)," katanya tanpa mengulas lanjut ketika dihubungi.
Berdasarkan maklumat, tangkapan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara, dekat sini.
Dalam operasi itu, kereta milik suspek diperiksa dan polis turut menemukan sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Suspek difahamkan turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah.
Sumber: Berita Harian
Must-Watch Video