,
Laman Utama

Amylea Azizan Kongsi Kisah Pertama Kali Berlakon Dalam Dendam Seorang Isteri

Izwan Isa
06/07/2022
07:50 MYT
Penyanyi dan komposer popular, Amylea Azizan mendedahkan, dia bukanlah seorang individu yang layak untuk berlakon dan beraksi di depan kamera.
Namun, ada sebab mengapa penyanyi lagu Melepaskanmu itu menerima tawaran membawakan watak Nelissa dalam Dendam Seorang Isteri.
“Saya masuk berlakon sebab Radius One, saya sayang mereka seperti keluarga. Saya selalu tolak tawaran untuk berlakon sebab saya tak berkelayakan untuk berlakon dan saya terima tawaran kali ini tanpa mengetahui betapa beratnya watak Nelissa.
“Dalam masa yang sama, saya tidak mahu malukan Radius One. Peranan saya, pertama sekali sebagai produser muzik, saya juga jadi orang belakang tabir, dan ketiga barulah sebagai pelakon.
“Pelakon-pelakon senior dalam drama ini hebat dan mereka mengalukan kedatangan saya. Mereka pelakon dan saya bukan pelakon tetapi mereka yakin dengan saya. Mereka tak pandang saya sebelah mata. Saya satu-satunya yang pertama kali berlakon dengan mereka,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Amylea turut berkongsi pengalaman menarik dan manis sepanjang penggambaran drama berkenaan.
“Antara pengalaman menarik, ada satu adegan kononnya nak bercium dengan Naufal. Saya kena tarik dia dan minta dia peluk saya, saya segan.
“Sebab saya dan Aidit Noh (pelakon yang membawakan watak Naufal) memang macam kawan-kawan.
“Kita rasa kelakar dan saya pula bukan jenis girlish. Uchee Fukada selaku pengarah pula minta saya jadi lebih perempuan. Sweet memories. Pengalaman yang mencabar kerana shoot 85 episod. Pengalaman 18 tahun sangat membantu saya di set. Pengalaman menarik setiap hari di set,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Noryn Aziz Menangis Bincang Isi Lagu Kertas Dengan Amylea - "Ia Jeritan Batin Kepada Tuhan, Terkenang Peristiwa ..."

gempak
05/04/2024
11:34 MYT
Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.
Hiburan

8 Tahun Menunggu, Mila Jirin Dapat Izin Suami Lancar Lagu Sandera! - "Banyak Perkara Saya Korbankan"

gempak
25/03/2024
04:55 MYT
Sandera jadi runut bunyi drama Khunsa.
Hiburan

Nelissa Nizam Sedih The Gadys Dikecam Teruk! -"Saya Terasa Jugalah Orang Kata Macam-Macam, Tapi ..."

gempak
03/03/2024
07:00 MYT
Bekas anggota kumpulan The Gadys, Nelissa Nizam akui turut bersedih selepas kumpulan The Gadys teruk dikecam netizen susulan video persembahan mereka di Anugerah KNKV Viral 2024 tular baru-baru ini.
Hiburan

Majlis Resepsi Amylea Dipersoal, Shila Amzah Tegur Netizen - “Cari Duit Cara Fitnah Orang Memang Biadap”

gempak
29/01/2024
03:45 MYT
Shila Amzah back up Amylea.
Laman Utama

Rupa Paras Dianggap Tak Tepati Standard Malaysia, Ada Suruh Amylea Buat Pembedahan - "Saya Menangis Berkali-Kali..."

gempak
21/12/2023
23:55 MYT
Sudah-sudah lah menghina rupa paras orang lain