gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezzanie Jasny Dedah Pernah Berada Dalam ‘Toxic Relationship’, Akhirnya Pilih Untuk Putus - “Mentally Torture & Rasa Stress”
HIBURAN
"Saya Adalah Penyanyi Yang Sendu..." - Ada Sebab Erul Samah 'Join' Ujibakat Raise The Star Malaysia
HIBURAN
Alif Satar Syukur Dapat Tunai Solat Berjemaah ‘View’ Gunung Di New Zealand, Sempat Beri Pesanan - “Esok Kat Syurga Macam Manalah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Amsyar Lee Terpilih Sertai ‘Sing Asia’, Mahu Harumkan Nama Malaysia - “Saya Nak Buka Mata Ramai Orang Bahawa…”

gempak
Asyraf Roslan
22/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Amsyar Lee Terpilih Sertai ‘Sing Asia’, Mahu Harumkan Nama Malaysia - “Saya Nak Buka Mata Ramai Orang Bahawa…”
Penyanyi, Amsyar Lee meluahkan rasa syukur apabila namanya terpilih untuk menyertai sebuah program nyanyian di China iaitu Sing Asia.
Menurut Amsyar, dia tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju selepas pihak produksi program tersebut menghubungi pengurusnya sendiri untuk menjemputnya menyertai pertandingan tersebut
“Saya dipilih melalui satu proses pemilihan tertutup, di mana pihak produksi sendiri yang menghubungi manager saya dan menawarkan peluang untuk menyertai rancangan tersebut.
“Rasa macam mimpi bila tahu mereka minat dengan cara saya menyanyi. Tak sangka bakat dari Malaysia pun mereka perhatikan. Rezeki yang tak disangka, memang saya tak ambil masa lama pun untuk setuju. Sebab impian saya adalah untuk buka mata semua orang tentang teknik vokal yang warna warni,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Rasa Sayang Sayang itu juga melihat penyertaan dalam program tersebut merupakan satu peluang keemasan untuknya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Menurut Amsyar atau nama sebenarnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, dia mahu membuktikan bahawa suaranya mampu mencipta impak besar walaupun pernah menerima kecaman daripada netizen.
“Saya nak buka mata ramai orang bahawa suara saya suara dari anak Malaysia juga ada kekuatan dan jiwa yang boleh sentuh hati sesiapa pun, tak kira dari negara mana. Walaupun saya terima kecaman hebat dari segelintir netizen Malaysia yang tak suka cara pembawaan atau warna suara saya, saya tetap percaya setiap suara ada tempatnya.
“Dan saya percaya suara saya juga boleh buka ruang dan beri impak tersendiri. Saya nak harumkan nama negara, dan paling penting saya nak banggakan mama dan abah saya serta semua orang kuat yang sentiasa ada di belakang saya yang percaya pada saya walaupun saya sendiri kadang-kadang rasa tak cukup yakin.
“Perjalanan saya masih jauh, tapi selagi ada sokongan, doa, dan keberanian untuk terus berdiri saya akan terus melangkah,” tambahnya.
Dalam pada itu, Amsyar juga berkongsi mendapat banyak ilmu baharu semasa menyertai program nyanyian ini terutamanya bahagian vokal.
“Saya dapat banyak ilmu baru, terutamanya dari segi teknik vokal yang mereka tekankan. Berbeza dari apa yang saya biasa, tapi sangat membantu untuk mantapkan persembahan saya. Team produksi mereka sangat profesional dan tahu apa yang mereka nak saya banyak belajar cara mereka kendalikan produksi besar macam ni,” ujar Amsyar.
Sekadar info, Amsyar merupakan satu-satunya solo lelaki yang mewakili Malaysia di Sing Asia.
Program ini akan mula disiarkan pada 23 Mei menerusi platform iQIYI.
Topic Berkaitan
#Amsyar Lee
#Sing Asia
Must-Watch Video