,
Hiburan

Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!

Amri Hassan
13/10/2024
18:29 MYT
Penyanyi terkenal, Amir Masdi melancarkan album kedua yang diberi nama ‘AM:PM’, selepas kejayaan album solo pertama berjudul ‘Amir Masdi’ tahun lalu habis terjual dengan tiga kali cetakan.

BERITA TRENDING: "Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja

Album ini juga menandakan satu lagi pencapaian besar dalam karier nyanyiannya selepas album pertama yang mendapat sambutan hangat dari kalangan peminat dan pengkritik muzik.
Dengan judul unik AM:PM, album ini merangkumi pelbagai emosi dan pengalaman hidup Amir Masdi. Pendengar akan dapat menikmati perjalanan muzik yang dinamik dan penuh variasi melalui lagu-lagu yang dicipta khas untuk membawa mereka melalui pengalaman emosi yang berbeza.
Menerusi album ‘AM:PM’ ini juga, Amir bukan sahaja mempersembahkan vokal mantapnya tetapi juga memperlihatkan kemampuannya sebagai pencipta lagu dan penerbit bersama penerbit terkemuka, Edry Abdul Halim.
Amir, 28, atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi berkata album ini sebuah naskah yang sangat istimewa kerana diberi peluang untuk menulis lagu daripada ‘zero’ sehingga ia diterbitkan.

BERITA TRENDING: Amir Masdi Pernah Tak Dapat Payment Lepas Menyanyi – “Ketika Tidak Ada Bayaran, Masa Itu Tidur Di Studio”

Rakam lagu di UK

Menurutnya, kesemua lagu dalam album ini mula ditulis bersama komposer ternama, Edry Abdul Halim yang turut bertindak selaku penerbit pada November tahun lalu yang mana fasa satu membabitkan konsep, hala tuju dan apakah jenis lagu yang ingin ditulis.
“Pada Februari tahun ini, saya dan pasukan menggunakan duit yang kami kumpul hasil daripada persembahan yang saya buat selama ini untuk bergerak ke fasa seterusnya. Kemudian, pada bulan Mac kami terbang ke Manchester, United Kingdom untuk merealisasikan dan mengejar impian untuk terbitkan album kedua yang dirakam di Volta Lab Studios, Rochdale, Manchester.
“Sepanjang 18 hari berada di sana, kami tulis kesemua 12 lagu selain merakamkan vokal dan video muzik. Jadi, perjalanan untuk menghasilkan album ini sangat istimewa buat saya selain memberikan inspirasi buat saya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik,” katanya.

Apa makna AM:PM?

Berkongsi mengenai pemilihan nama album, Amir berkata ia menggabungkan namanya Amir Masdi (AM) dan Projek Manchester (PM).
“Pada awalnya, kami namakan album ini sebagai Projek Manchester. Kemudian, sepanjang perjalanan dan proses rakaman album itu, kami dapat idea AM:PM. AM adalah Amir Masdi dan PM adalah Projek Manchester. Jadi, kami gabungkan menjadi AM:PM.
“Selain itu, AM:PM juga mencerminkan situasi sewaktu Edry berada di Manchester dan kami di Malaysia di mana ketika buat mesyuarat, masa di kedua negara berbeza. Kalau di sini siang, di sana pula malam.
“Seperkara lagi, album ini memuatkan sejumlah 12 lagu. Namun, saya lancarkan dulu bahagian AM pada bulan Oktober yang mengandungi enam lagu dan lagu-lagu pada bahagian PM pula bakal dilancarkan tahun depan. Saya merasakan ini satu lagi keunikan album ini,” katanya.
Album ‘AM’ memampilkan lagu-lagu “Luar Kotak”, “Calar”, “Take Me Home”, “Langit Biru”, “Bakal Kekasih” dan “Nur Cinta”.

BERITA TRENDING: Amir Masdi Memang Padu, Banggakan Malaysia Saat Duet Di Konsert Orkestra Dewa 19

Billboard highway

Menariknya, promosi album ini sudah dimulakan lebih awal apabila poster album ini dipaparkan di papan iklan gergasi atau Billboard di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Kelana Jaya dan Bukit Bintang sebulan sebelum album dipasarkan.
“Bagi saya, ini sesuatu yang sangat eksklusif bukan saja buat album ini tapi secara peribadi sepanjang kerjaya seni saya.
“Selain itu, pelbagai cenderahati istimewa seperti baju-T, lanyard, cawan, tote bag dan hoodie turut dihasilkan untuk mengiringi pelancaran album AM:PM ini,” katanya.
Selain dalam bentuk fizikal, album ini boleh distrim di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.
Menariknya lagi, sebelum album dilancarkan lagi, lagu “Nur Cinta” telah dipilih sebagai lagu OST utama drama rantaian 36-episod, ‘Andai Tiada Dia’ terbitan Global Station yang akan bersiaran di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam mulai 21hb. Oktober ’24.
Album yang diterbitkan oleh AR United Music, syarikat rakaman milik Amir sendiri dan diedarkan oleh Nova Music itu dilancarkan secara rasmi pada satu majlis istimewa yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2024.
Siaran perdana video muzik rasmi “Nur Cinta”, single peneraju dari album ‘AM’ akan berlangsung pada 12 Oktober jam 8 malam di saluran YouTube ‘Nova Music Videos.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

gempak
21/11/2024
21:55 MYT
Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar