,
Laman Utama

Amir Ahnaf Kembali Selepas Projek: High Council, Kini Jadi Pemain E-Games Dalam Gamers Mangkuk!

Mya Amri
18/11/2023
11:55 MYT
Pelakon, Amir Ahnaf kini muncul dengan naskhah terbaharu berjudul Gamers Mangkuk.
Menariknya lagi, siri premium e-sukan Astro Originals, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games ini adalah mengenai e-sukan.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad yang juga merangkap Penerbit Eksekutif Gamers Mangkuk, siri ini merupakan drama premium tempatan pertama yang mengetengahkan tema e-sukan sebagai latar penceritaan.
“Ini secara tidak langsung menunjukkan tanda sokongan kami kepada pertumbuhan industri e- sukan.
“Bukan sekadar menampilkan jalan cerita dengan elemen kompetitif semata-mata, tetapi memberi fokus kepada cabaran dalam mengejar impian serta konflik sosial yang wujud dalam masyarakat.
“Gamers Mangkuk boleh dinikmati oleh semua lapisan penonton, tidak kira peminat e-sukan mahupun tidak.
“Kami harap drama premium ini dapat memberi niai hiburan berbeza dan inspirasi kepada penonton, serta memberi persepsi yang lebih meluas terhadap potensi besar e-sukan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Gamers Mangkuk, Hyrul Anuar berkata, Gamers Mangkuk memfokuskan generasi Z namun cuba meletakkan elemen dan nilai hiburan yang dekat dengan penonton.
“Saya juga cuba tampilkan penceritaan dalam konsep komik dan antara cabaran utama menghasilkan naskhah ini adalah sudut teknikal agar visual permainan video yang dipersembahkan tampak sebenar dan kemas.
“Harapan saya agar Gamers Mangkuk dapat diterima dan menghiburkan penonton Malaysia menerusi penceritaan yang disampaikan,” ujarnya.
Gamers Mangkuk ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League.
Gamers Mangkuk bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410).
Anda juga boleh menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis: Siri sebanyak lapan episod ini mengisahkan tentang Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban, lima pemain e-sukan yang berpadu keringat di dalam satu pertarungan e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk dinobatkan sebagai pelapis kepada pemain e-sukan profesional negara, menerusi Mobile Legends: Bang Bang Professional League.
Siri premium e-sukan ini juga menggambarkan hubungan persahabatan pemain-pemain e-sukan yang meningkat naik dan pengorbanan yang harus dilakukan bagi mencapai tujuan utama di dalam pertarungan besar.
Selaras dengan slogan ‘Life Is A Game, Play It’, kelima-lima sabahat itu bertungkus- lumus mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran dan akhirnya membawa kepada kepuasan yang dicari sebagai pemain e-sukan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.