,
Laman Utama

Ameng Spring Nikahkan Anak, A Aida Sebak Lepaskan Puteri Yang Menjadi Saksi Suka Duka Hidupnya

Syafiqah Jalal
16/07/2023
01:32 MYT
Penyanyi Ameng Spring selamat menikahkan anak sulungnya hasil perkahwinan dengan penerbit Datuk A Aida iaitu Wan Az Aleesa, 27, pada Sabtu.
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada juruterbang, Zain Azrai Abdul Aziz, 27, pada majlis pernikahan yang berlangsung di pusat peranginan, Kasturi D'Manggis, Janda Baik, semalam.
A Aida dalam ucapannya berkata, Aleesa adalah bukti kehidupannya dalam setiap susah dan senang.
"Buat puteriku Aleesa, rupanya sudah sejauh ini kita berjalan bersama. Sebegitu deras waktu bergulir tanpa henti, begitu pantas juga dikau tumbuh dan dewasa dalam peribadi penuh mandiri.
"27 tahun lalu. Ya, Mama masih ingat akan detik itu. Ketika ada satu nyawa dalam kandungan, ia memberi erti yang sangat istimewa.
"Mengandungkan Aleesa selama 9 bulan 10 hari, seluruh hidup Mama berubah. Ketika itu, Mama temui makna cinta yang sebenarnya.
"Pada hari kelahiranmu, lengkaplah perjalanan hidup Mama sebagai seorang wanita. Kehadiran Aleesa memberikan Mama gelaran baharu, seorang ibu.
"Aleesa mengangkat martabat dan darjat Mama kepada satu persinggahan yang abadi, melestari mimpi indah seorang perempuan.
"You are my sun, my moon, and all of my stars'." katanya dengan juarain air mata. Dalam masa sama, A Aida berkata, Aleesa saksi setiap duka dan nestapa yang dilalui.
"Aleesa saksi setiap duka nestapa dan senyum bahagia Mama. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar makna, kita hadapi bersama selama 27 tahun ini.
"Teguhnya kasih sayang Aleesa menjadikan Mama tidak pernah berasa kekurangan. Hormat, kasih sayang dan cinta Aleesa menjadikan adik-adik juga rasa dihargai dalam kasih sayang yang tidak permah berkurangan.
"Demikian hebatnya Aleesa yang dikirimkan oleh Tuhan," katanya.
Katanya, detik 15 Julai ini, dia melepaskan Aleesa.
"Mama melepaskan Aleesa. Mama gembira Aleesa bersatu dengan lelaki yang menyayangi, mengasihi dan bertanggungjawab.
"Zain adalah jawapan kepada masa depan Aleesa. Mama memberi sepenuh-penuhnya restu.
"Doa Mama, Aleesa akan menjadi isteri terbaik buat Zain. Aleesa mampu menjadi ibu yang baik buat anak-anak kalian nanti.
"Doa Mama buat Aleesa dan Zain tidak akan pernah terhenti. Akan selalu ada sehingga ke nafas akhir Mama," katanya dengan esak tangis.
Pada majlis itu, Wan Az Aleesa menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 dan seutas gelang emas dengan lima hantaran dulang berbalas tujuh.
Menariknya, terdapat upacara simbolik pelepasan burung merpati dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah.
Pasangan mempelai turut diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada lokasi sama pada sebelah petang.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar