,
Berita

AME 2020 Jadi Saksi Noraniza Idris & Michael Ang Bermaafan

Zulaikha Yusof
20/12/2020
16:04 MYT
Penyanyi lagenda, Noraniza Idris dan sutradara kontroversi, Michael Ang masing-masing memohon maaf secara terbuka berhubung isu panas mereka sebelum ini.
Menurut Noraniza, tujuan dia ingin bertemu secara empat mata bukan untuk bergaduh tetapi lebih kepada mengenali.
"Saya tak kenal Michael secara peribadi. Saya nak jumpa bukan untuk bergaduh tetapi untuk mengenali.
"Kebetulan ada isu saya terpanggil nak jumpa Michael secara peribadi. Harini saya dapat jumpa. Sebenarnya hati Michael baik," katanya dalam pertemuan yang berlangsung di bilik media pada majlis Anugerah MeleTOP 2020.
Sementara itu, Michael menegaskan dia menerima segala komen negatif tetapi bukan berkait dengan keluarga dan agama.
"Sejujurnya saya rela hati nak jumpa Noraniza. Saya boleh terima kalau netizen nak komen negatif.
"Tetapi bila sentuh bab agama saya sensitif. Saya tahu bukan dari Noraniza.
"Sesiapa saja yang tulis saya minta maaf. Saya minta maaf dengan Noraniza," katanya lagi.
Terdahulu, pada peringkat separuh akhir minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta Gegar Vaganza ketujuh menerusi Twitter.
Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah itu.
Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Saya Buat Live TikTok Hari-Hari, Ramai Yang Maki Hamun” - Noraniza Idris

gempak
05/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris mendedahkan jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert tersebut.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Hiburan

Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama, Michael Ang Harap Atlet Para Negara Terima Habuan Sama Rata - “Jangan La Anak Tirikan Diorang…”

gempak
03/09/2024
04:55 MYT
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou membawa pulang pingan emas pertama untuk Malaysia pada final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena, Paris.
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.