,
Laman Utama

Amboi, Sampai Kain Kafan Pun Ada Untuk Golongan Kayangan! Harga Lebih RM200 Semeter

Maliah Surip
06/03/2023
15:43 MYT
Barangkali, tidak pernah terlintas di fikiran sebahagian besar daripada kita bahawa kain kafan untuk membaluti jenazah juga mempunyai gred yang berbeza.
Sangkaan kita tentu sekali kain kafan bewarna putih yang harganya tidak pula semahal mana.
Namun, dalam dunia moden hari ini, kain kafan untuk jenazah sebetulnya sudah dijual pada harga yang sangat luar biasa.
Ditakrif sebagai kain kafan jenazah bangsawan, seorang peniaga di Indonesia mencuri tumpuan ramai berikutan hasil jualan itu difahamkan mendapat sambutan luar biasa khususnya daripada golongan Ahli Parlimen negara jiran itu.
Berdasarkan laporan portal berita Indonesia, Suara.com, wanita bernama Suryani itu menjual kain kafan mewah pada harga 750,000 rupiah (RM219) semester.
Katanya, di daerah Jeneponto, wilayah Sulawesi Selatan, kain kafan dipanggil sebagai tope, seperti dipetik dari Awani.
Tope bukan sahaja digunakan untuk mengafankan jenazah, bahkan, material itu juga oleh menghasilkan pakaian seperti jubah, tudung, beg dan kipas.
“Harganya mencecah Rupiah 1.7 juta (RM498) apabila sudah menjadi baju. Ramai pembelinya adalah daripada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR),” kata Suryani.
Suryani berkata, kain kafan itu diperbuat daripada kapas asli yang dipintal menjadi benang.
“Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk menjahit satu pakaian, maka, ia dijual mahal,” ujarnya.
Kata Suryani, kain kafan tersebut digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan, justeru menyebabkan, kebanyakan orang beralih kepada kain putih kerana perbezaan harga yang ketara.
Kain kafan atau tope dihasilkan di wilayah Kelara, Jeneponto oleh sekitar 50 wanita tempatan yang terlatih.
Usaha Suryani menjual tope adakah kerana ingin meneruskan kelansungan penggunaan kain kafan itu yang disifatkannya sebagai hampir ketinggalan zaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.