,
Laman Utama

“Amboi, Baju KWSP 10K Ke Tu?” Netizen Tertarik Kreativiti Busana Aina Abdul Dalam MV Gema Raya

Izwan Isa
26/04/2022
05:50 MYT
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi berbakat besar, Aina Abdul? Selain lagu-lagu berentak balada yang mendayu-dayu, Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani sering menyorot perhatian netizen dengan busana yang eksentrik.
Justeru, tidak hairanlah jika penampilannya menerusi klip video lagu raya terbaharunya, Gema Raya turut menjadi bualan peminat serta orang ramai.
Menerusi klip video berkenaan, kelihatan Aina mengenakan empat persalinan berbeza yang mencerminkan elemen-elemen menarik pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Watch MV here: https://t.co/T408gmeyJO#AinaAbdul #GemaRaya
Sebelum org lain buat, biar fan buat dulu hahaha. Love you Aina ? pic.twitter.com/Vb8OPU4lWW— 아이나 (@DevoteeAina) April 25, 2022 Persalinan pertama merupakan busana berona hijau yang bermotifkan anyaman ketupan. Sementara persalinan seterusnya pula adalah lapisan motif kepingan note Ringgit Malaysia berwarna merah yang dijelmakan sebagai kebaya.
Tidak kurang persalinan yang diinspirasikan daripada lampu kelip-kelip dan ada juga yang menyifatkan busana terakhir merupakan simbolik kepada langsir dan juga lapik meja.
Menerusi ruangan komen di media sosial, ramai yang memuji kreativiti Aina dalam mengetengahkan fesyen di luar kotak.
“Nak duit raya gi petik kat baju,” tulis seorang peminat di Instagram.
“Amboi, baju KWSP 10k ke tu,” usik seorang pengguna di TikTok pula.
“MV Hari Raya Syawal yang paling powerful, kreatif dan lain dari yang lain. I love this art of music raya by Aina Abdul. Lagu pun sangat sedap. Suara sedap Aina. Menangis dan sebak tengok intro muzik raya ni. Baju raya Aina Abdul sangat cantik juga,” tulis seorang penonton di Youtube pula.
Berdurasi sembilan minit, lagu Gema Raya kini memperoleh lebih 40,000 jumlah tontonan selepas ia diluncurkan kepada umum sejak semalam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.