,
Gaya Hidup

Ambil Tahu Apa Itu Hawar Berdarah, Punca Kerbau Mowgli Malaysia Mati Bergelimpangan!

Amri Hassan
15/09/2020
00:55 MYT
Sekurang-kurangnya 35 ekor kerbau peliharaan bapa ‘Mowgli Malaysia’ mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.
Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan 'Mowgli' atau nama sebenarnya, Muhammad Syukor Khamis mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000.
Punca kematian haiwan ternakan itu akibat penyakit hawar berdarah.
BACA: Lebih 25 Kerbau Mati, Sebak Lihat Mowgli Malaysia Tetap Di Sisi Haiwan Kesayangan Hingga Saat Akhir
Barangkali, sebilangan besar daripada pembaca pasti pernah mendengar penyakit hawar berdarah.
Namun, tidak kurang juga ada dalam kalangan kita yang kurang jelas apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan penyakit itu?
Apa itu hawar berdarah?
Memetik laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.
Adakah hanya berjangkit kepada kerbau?
Penyakit tersebut menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau.
Menurut laporan yang sama, ternakan babi juga boleh dijangkiti HS pada kadar yang rendah.
Sementara itu, jangkitan pada bebiri dan kambing pula adalah jarang dilaporkan.
Bagaimana jangkitan penyakit HS boleh terjadi?
Penyakit HS disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2.
Wabak penyakit di Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2.
Simptom penyakit Tanda-tanda yang ketara adalah:
a) Haiwan mengalami kemurungan
b) Bengkak di kepala, leher dan dada
c) Mulut dan hidung yang berbuih
d) Kongesi pada lapisan mucus membrane
e) Konjuntivitis
f) Sukar bernafas
Penyakit HS kerap menyerang pada musim hujan Wabak penyakit tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan.
Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 - 24 jam selepas dijangkiti.
Menurut laporan DVS juga, jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS.
Langkah pencegahan
Bagi mencegah dan mengawal penyakit tersebut, laporan DVS menyebut Protokol Veterinar Malaysia (PVM) HS telah menggariskan strategi berikut :
• Pelaporan
• Rawatan
• Vaksinasi
• Kawalan Pemindahan
• Survelan
• Pelupusan
• Pengurusan Fail Kes
• Dayajejak
• Langkah Biosekuriti
• Khidmat nasihat
• Kempen kesedaran awam
• Rekod
Sumber: Awani Foto: Dallah Dean Photography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Jutawan Sekelip Mata! Atlet Pakistan Terima Habuan Wang Tunai RM2.6 Juta, Seekor Kerbau

gempak
14/08/2024
07:00 MYT
Atlet rejam lembing Pakistan, Arshad Nadeem menerima pengiktirafan meluas dan ganjaran kewangan sangat lumayan, hanya beberapa jam selepas memenangi pingat emas pada temasya sukan Olimpik Paris, lapor laman berita DNA India.
Laman Utama

Warga Emas Ditangkap Curi Dua Ekor Kerbau Pada Tahun 1965

gempak
15/09/2023
05:34 MYT
Kes tahun 1965 buka balik.
Laman Utama

Anas Tahir Seronok Sertai Misi Ibadah Korban Di Nepal, Sembelih 30 Ekor Kerbau

gempak
26/07/2023
02:44 MYT
Video dokumetari tersedia di YouTube ZAYAN
Laman Utama

Zizan Razak Akui Sukar Nak Menangis Dalam Damak Si Kuba - "Nak Sedih Kena Ingat ..."

gempak
10/09/2022
09:32 MYT
Jarang tengok Zizan berlakon naskhah serius.
Laman Utama

Dinamakan Sempena Nama Haiwan, Lembu Tak Ada Masalah: "Ayah Aku Namanya Gajah"

gempak
03/02/2021
09:20 MYT
nanti dia nak namakan anaknya dengan nama haiwan