,
Laman Utama

AmBank Perkukuh Sokongan Kepada Pereka Fesyen Malaysia Di KLFW 2022

Amri Hassan
29/08/2022
10:27 MYT
AmBank menjalin Kerjasama dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) baru-baru ini selaku Rakan Perbankan Rasmi untuk tahun kedua berturut-turut.
KLFW tahun ini dianjurkan ketika bulan Kemerdekaan dan telah menarik minat lebih 150,000 peminat fesyen, di masa yang sama mempamerkan daya saing dan kreativiti industri fesyen tanahair.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, setiap tahun, KLFW menyemarakkan rasa bangga rakyat Malaysia tatkala menyaksikan budaya tempatan dipamerkan secara kreatif dan inovatif.
"Begitu penting bagi bank memainkan peranan menyokong industry fesyen tempatan memandangkan ia berperanan sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan sektor peruncitan bagi memperkasa pembangunan negara.
"Iltizam dan komitmen kami untuk menjana serta menggalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) Malaysia adalah jelas dan nyata, di kala kami terus menyediakan asas kukuh dalam membuka peluang-peluang kepada IKS untuk terus diperkasakan di saat yang mencabar ini.
"Fesyen bukan sekadar apa yang kita nampak diperagakan di landasan pentas peragaan. Lebih penting ialah untuk memastikan nadi ekonomi fesyen terus berdenyut dan memanfaatkan semua pihak di sepanjang rantaian nilai – dari peladang kapas, pengeluar fabrik, tukang jahit, pengedar dan peruncit.
"Lebih pantas fesyen terkini bergerak dari landasan pentas peragaan ke rak-rak kedai, lebih pantas semua pihak di sepanjang rantaian nilai dan rantaian bekalan mendapat manfaat, dan kami di industri perbankan sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang sesuai bagi memastikan industri fesyen terus berkembang," katanya.

London Calling

Sementara itu, tambah Pengarah Urusan, Perbankan Runcit, AmBank, Aaron Loo, menerusi kerjasama ini juga, AmBank turut akan menjadi hos simposium perniagaan fesyen bertajuk 'Fashion Connect.22' pada bulan September 2022.
"Ini merupakan wadah bagi pakar-pakar industri untuk bertukar-tukar idea dan pandangan serta berkongsi pengetahuan meliputi pelbagai topik tentang bagaimana usahawan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka, berkongsi kisah kejayaan oleh penyampai-penyampai utama, dan juga tentang kepelbagaian produk-produk penyelesaian kewangan dan digital yang ditawarkan kepada pereka-pereka fesyen kelahiran tempatan.
"Disamping itu, kami terus menghargai dan memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan AmBank SIGNATURE Priority Banking kami dengan akses eksklusif kepada acara-acara gaya hidup ketika KLFW 2022.
"Kempen terbaru kami “London Calling” akan menerbangkan tiga pelanggan bertuah AmBank SIGNATURE Priority Banking ke kota London selama 3 hari 2 malam untuk menghadiri Minggu Fesyen London 2022 diiringi Andrew Tan, pengasas KLFW.
"Ini cara kami memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami bagi menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap produk-produk dan perkhidmatan kami," katanya.
Kempen “London Calling” ini berjalan dari 1 Julai 2022 hingga 30 November 2022 dan para pelanggan boleh meningkatkan peluang kemenangan dengan mendaftar sebagai ahli AmBank SIGNATURE Priority Banking atau menjalankan transaksi ketika tempoh kempen.

Kolaborasi bersama Finn Anuar

Dalam pada tu, AmBank dan KLFW turut menganjurkan bersama kempen dengan kolaborasi bersama Finn Anuar (@perempuanmelawanart).
Artis komik kelahiran tempatan ini telah mereka dua kemeja-t #iAmMalaysian yang memaparkan kehidupan seharian di Malaysia.
Kesemua hasil jualan kemeja-t ini akan disalurkan kepada Pusat Autisme dibawah Yayasan Tuanku Syed Putra, Kementerian Pelajaran, UniMap, MAIPs.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Gaya Hidup

Tak Berhenti Buat Kebajikan, Yayasan Rizalman Ibrahim salur RM500,000 Baik Pulih MCH Liverpool

gempak
10/09/2024
13:20 MYT
Diam-diam ubi berisi, mungkin itu perumpamaan yang sesuai diberikan kepada Datuk Rizalman Ibrahim apabila terus menjalankan kebajikan sebagai salah satu tanggungjawab beliau dalam membantu membangunkan ummah.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.