,
Berita

Ambang Hari Raya Aidiladha, Ini Jangkaan Jumlah Kenderaan Guna Lebuh Raya Utama!

Gempak
15/06/2024
12:55 MYT
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.

BERITA TRENDING: Ramalan Awal MetMalaysia, Hujan Lebat Pada Aidiladha Ini

​BERITA TRENDING: Bukan Makkah, Warga Sulawesi Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng Bawa Kambing

BERITA TRENDING: Nak Jimat Duit, Lelaki Ubah Suai Kenderaan Tinggal Dalam Proton Iriz

LLM dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan kesemua syarikat konsesi diarah menghentikan kerja pembinaan dan penyelenggaraan melibatkan penutupan lorong bermula Rabu lepas hingga 19 Jun ini bagi meminimumkan kesan peningkatan trafik.

"Selain itu, pengoperasian lebuh raya dan semua kemudahan berfungsi dengan baik terutamanya di kawasan R&R (rehat dan rawat), hentian sebelah serta sistem kutipan tol dengan penambahan lorong sementara.

"Konsesi juga diarahkan menambah kemudahan tempat letak kereta dan tandas mudah alih di beberapa R&R, meningkatkan bilangan petugas, memastikan kecukupan bekalan air serta minyak di stesen-stesen minyak selain mengaktifkan lorong pintar di beberapa lokasi,” menurut kenyataan itu.

Rujuk Aplikasi Bagi Cadangan Perjalanan

Untuk mengetahui status perjalanan, pengguna boleh merujuk aplikasi MyPLUS-TTA oleh PLUS Berhad bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan cadangan waktu perjalanan (TTA) oleh pihak Anih Berhad bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.
BERITA TRENDING:Tersalah Label Ayat Quran Sebagai Hadis Sahih, Status Facebook Influencer Popular Ini Dipersoal Netizen
"Pengguna boleh mendapatkan status semasa trafik lebuh raya atau sebarang insiden di lebuh raya melalui media sosial rasmi LLM dan Syarikat Konsesi seperti di Facebook rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia, aplikasi X @llmtrafik serta tiktok @llmtrafik.
"Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik, LLM di talian hotline 1-800-88-7752. Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna boleh melayari laman sesawang LLM di http://www.llm.gov.my,” menurut kenyaatan itu.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.