HIBURAN
Amar Baharin Tamatkan Misi Kayuhan, Selamat Tiba Di Madinah - “Alhamdulillah”
Pelakon, Amar Baharin memaklumkan kembara kayuhannya ke Madinah dalam misi Journey To Tanah Haram tamat.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Amar berkongsi berita gembira apabila dia dan rakan yang juga penjelajah Grand Slam, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, selamat tiba di Madinah.
Amar dan Qobin memulakan kayuhan dari wilayah Al Henakiyah dan berakhir di Al Masjid An Nabawi, Madinah dengan jarak 114.3 kilometer.
“Alhamdulillah. Tamat #JourneyToTanahHaram,” tulis Amar ringkas.
Sebelum ini, Amar dan Qobin terpaksa mengayuh basikal selama empat hingga ke lima jam di tengah panas terik padang pasir.
Untuk info, Amar memulakan kayuhan pada 27 April lepas dengan merentasi beberapa negara antaranya melalui Thailand, Iran, UAE dan Arab Saudi dengan berbasikal serta menggunakan pengangkutan darat dan udara.
Must-Watch Video