,
Laman Utama

Aman Ra Kembali Bergelar Suami, Peminat Dedah Nama Isteri ...

Amri Hassan
10/10/2022
17:27 MYT
Penyanyi rap, Aman Ra mengumumkan telah selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan pada Isnin.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Aman Ra yang kini menggunakan nama '@gilabunny' memuat naik sekeping foto bersama wanita berkenaan yang dikenali sebagai Hani.
"Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.
"Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan," tulis Aman Ra.
Perkongsian Aman Ra atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin, 35, itu mendapat ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti antaranya Zizan Razak, Amir Masdi, Zynakal dan ramai lagi.
Malah, ada juga yang sempat berseloroh memuji 'kecekapan' Aman Ra yang tidak pernah berkongsi perihal wanita berkenaan hingga selesai majlis pernikahan mereka.
"Bergerak dalam diam. Apapun, tahniah," tulis seorang pengguna di ruang komen Instagramnya.
"Tahniah bro dan sis Hani. Semoga bahagia hingga ke jannah," tambah seorang pengguna lain sekali gus berkongsi identiti wanita terbabit.
Aman Ra yang popular dengan lagu Bangun pernah mendirikan rumah tangga bersama Natiqah Rahmat namun mengesahkan sudah bercerai pada Ogos 2021.
BACA: Aman Ra, Isteri Telah Sah Bercerai - "Bukan Nak Besarkan, Sekadar Nak Tutup Apa Yang Telah ..."
Hasil perkahwinan Natiqah dan Aman Ra mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4 dan Tuah Khalifa yang kini berusia 3 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.