,
Hiburan

Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah! - "Kawan-Kawan Pun Cakap ..."

Amri Hassan
23/06/2024
09:04 MYT
Penyanyi dan pelakon muda Alyssa Dezek tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik aliran perakaunan sebelum memasuki tingkatan empat.
Jelas Alyssa, 16, dia memilih untuk mengikuti pengajian dalam aliran perakaunan dan keputusan itu turut dipengaruhi oleh inisiatifnya menyertai tuisyen PTTI.
"Memang benar, saya mendapat markah 100 itu untuk ujian diagnostik sebelum pemilihan ke aliran perakaunan memandangkan saya baru masuk tingkatan empat.
"Sebelum ujian itu memang saya pulun, saya tak nak ambil aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah perakaunan.
"Saya belajar di rumah dan sertai tuisyen PTTI, syukur dapat 100 dan saya memang tak jangka. Kawan-kawan pun cakap macam mana boleh dapat 100 sedangkan saya selalu tak datang sekolah," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Saya Selalu Baca Komen & Ia Buat Saya Rasa…” - Alyssa Dezek Kongsi Momen Awal Pembabitan Dalam Industri Seni

Lost sebab kerja

Alyssa yang ditemui pada Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024 yang diadakan di Hotel Le Meridien Putrajaya pada Ahad mengakui pilihannya untuk mengikuti kelas tuisyen banyak membantunya dalam pelajaran.
"Kadang-kadang saya 'lost' sebab banyak hari tak datang sekolah kerana tuntutan kerja. Tetapi kalau di rumah jika ada masa lapang saya akan belajar semula dan saya juga menyertai tuisyen PTTI.
"Kalau tak sempat sertai sesi live tuisyen, saya akan tengok balik sesi rakaman," ujar pelakon drama Cinta Untuk Sekali Lagi itu.

BERITA TRENDING: [KECOH] Pelakon CINTA UNTUK SEKALI LAGI Diserbu di PBAKL | Singgah Set

BERITA TRENDING: Kak KM Nafi Tipu Keputusan SPM Anak!

243 semua A SPM

Sementara itu, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI sekali lagi melakar kejayaan apabila mencatat peningkatan membabitkan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM 2023 iaitu seramai 243 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, jumlah itu meningkat 98 peratus daripada SPM 2022 seramai 123 pelajar.
"Untuk statistik, pelajar yang menerima ‘straight A’ pada tahun ini adalah seramai 243 pelajar di bawah PTTI berbanding tahun lalu iaitu seramai 123 pelajar. Maksudnya peningkatan sebanyak 98 peratus.
"Tahun lalu juga kami menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pusat tuisyen yang paling ramai melahirkan pelajar yang menerima ‘straight A’ dalam SPM. Ada peningkatan berganda tahun ini," katanya.

BERITA TRENDING: Iman Troye Teruja Tercalon Nickelodeon Kids' Choice Awards 2024, Akui Diri 'Magnet' Kanak-Kanak - "Dapat Top 5 Dengan Tiara Andiri,…

BERITA TRENDING: PTTI Pecah Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai, Diiktiraf Malaysia Book of Records!

Pada majlis itu, seramai 564 pelajar dilipih menerima anugerah berdasarkan lima kategori yang ditetapkan.
"Alhamdulillah, untuk Majlis Inspirasi SPM PTTI, kami memberi anugerah kepada 564 pelajar dalam lima kategori. Kategori pertama adalah pelajar yang menerima ‘straight A’, kedua bagi pelajar yang mendapat semua A kecuali satu subjek.
"Kategori ketiga pula untuk pelajar yang mendapat 6A dan ke atas, keempat kami bagi kepada pelajar yang ada peningkatan daripada gagal ke A dalam mana-mana subjek dan kelima bagi pelajar yang ada peningkatan drastik dalam mana-mana subjek diambil untuk SPM," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah duta dan ikon PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.