Hiburan
Alya Iman Mohon Maaf, Akui Kesilapan - "Saya Memang Nak Bertudung, Kali Ni Biarlah Saya Betul-Betul Sedia"
Pelakon Alya Iman memberitahu dia hanya akan bertudung apabila dirinya benar-benar bersedia pada kali ini.
BERITA BERKAITAN: Alya Iman Komen Isu Gaun Seksi, Tutup Komen IG Demi Kesihatan Mental - "Bukan Sombong, Saya Tak Nak ..."
BERITA BERKAITAN: Isu Pakaian Seksi Alya Iman, Ini Komen Pengurus! - "Alya Tidak Mahu ..."
BERITA BERKAITAN: "Siapa Nak Bagi Kan?" - Pelajar SPM Pusat Tuisyen PTTI Terkejut Menang Hadiah Kereta Harga RM40,000
BERITA BERKAITAN: "Fattah Tak Pernah Kongsi Masalah Rumah Tangga..." - Iman Tang
Mengakui khilafnya terdahulu apabila mengambil keputusan membuka semula tudung selepas berhijab, Alya turut mengharapkan doa orang ramai agar dia menjadi lebih baik satu hari nanti.
"Mestilah kita nak jadi yang baik-baik..apa yang sudah jadi saya hanya boleh kata minta maaf.
"Saya memanglah nak bertudung,semua orang pun nak terbaik untuk diri dia. Tapi kali ini biarlah saya betul-betul sedia.
"Doakan baik-baik untuk Alya," katanya kepada Gempak.
Tahun lalu pelakon, Alya mengejutkan ramai pengikutnya di platform media sosial selepas memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung.
Anak kepada pelakon popular era 1980-an, Allahyarham Azmil Mustapha ini juga enggan mengulas panjang mengenai dia tidak lagi berhijab bagaimanapun tidak mahu terus memikirkan kecaman-kecaman netizen.
"Doakan yang terbaik sahaja," ringkasnya.
Must-Watch Video