gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezzrin Loy Kongsi Momen Emas Jumpa Tom Cruise, Terima Ucapan Istimewa - “Saya Doakan Anda Berjaya Dalam Hidup”
KELUANG MAN
Wonda-Ful Keluang Man Burger Cita Rasa Unik Dengan Sos Istimewa Kopi WONDA & Bun Maroon Inspirasi Sut Keluang Man
BERITA
Gadis 21 Tahun Kahwin Tipu Sebanyak 12 Kali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Along Cham Mohon Doa Yang Baik, Isteri Pula Dah Bersedia Jika Diceraikan Hari Ini

gempak
Khairil Khusyairi
08/05/2025
04:10 MYT
Sponsor Banner
Along Cham Mohon Doa Yang Baik, Isteri Pula Dah Bersedia Jika Diceraikan Hari Ini
Pelakon dan pelawak, Along Cham, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi pada Khamis.

Doa yang baik-baik

Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, tiba dalam pakaian hitam sekitar pukul 11:10 minit pagi ditemani ibu, Siti Habsah Kadir dan peguam, Muhammad Akmal Amzan.
“Doa yang baik-baik,” katanya ringkas kepada Gempak.

Isteri bersedia sekiranya bercerai

Sementara itu, Afreena Suhaimi tiba sekitar pukul 11:38 pagi ditemani bapa, Suhaimi Shahruddin dan peguamnya, Mohamad Iezwan Ielias.
Afreena memaklumkan dia bersedia sekiranya Along menceraikannya hari ini.

“Saya harap semua selesai hari ini sebab perkara ini sudah tertanggung hampir setahun. Harap kali ini tiada lagi dokumen cacamarba.

“Saya memang sudah lama bersedia untuk dilepaskan, saya hanya mahu ia selesai hari kerana ia mengganggu banyak benda,” katanya yang mengalami kecederaan di tangan.
Pada prosiding lalu, Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi mengarahkan Along supaya melantik peguam syarie.
Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas mendapati terdapat kesilapan dalam dokumentasi yang difailkan Along.

ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Bahagia Sambut Syawal Bersama Keluarga - "Alhamdulillah, Makin Tembam Sebab…"

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Dadah Along Cham Dipinda, Laporan Urine Belum Diperoleh

ARTIKEL BERKAITAN:"Bersyukur Dapat Anak Saya Kembali" - Ibu Along Cham

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Nak Pisahkan Tapi…” - Along Cham Akui Anak Kecewa, Harap Dapat Kasih Sayang Ibu

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada Istilah Memilih Menantu, Ibu Along Cham Sedih Tengok Rumah Tangga Anak Bermasalah - “Setahun Kami Tidak Berjumpa Sebab Terkilan…”

Terdahulu, Afreena mendedahkan rumah tangga mereka sudah mempunyai masalah sejak dua bulan berkahwin.
Along sebelum ini berkata pernah berlaku lafaz cerai di luar mahkamah pada Jun tahun lalu.
Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu yang juga perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan bekas isteri pertama, Zila Saeron pada September 2016.
Hasil perkongsian hidup daripada perkahwinan itu, Along dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini di bawah penjagaannya
Topic Berkaitan
#cerai
#Along Cham
#Mahkamah
#Afreena Suhaimi
Must-Watch Video