,
Berita

"Allahyarham Tempah Hampir 50 Pasang Baju Untuk..." - Rizman Ruzaini Kenang Pemergian Faziani Rohban

Asraf Aided
11/06/2019
10:07 MYT
Pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini mengucapkan takziah kepada keluarga usahawan kosmetik Faziani Rohban yang telah meninggal dunia pada bulan Ramadan baru-baru ini.
Menurut Rizman Ruzaini, Faziani telah menempah hampir 50 pasang baju untuk dirinya, keluarga dan saudara mara dan sering memilih untuk menggayakan jenama itu di musim perayaan.
"Sekalung takziah kepada keluarga Kak Faziani Rohban, Allahyarham menempah hampir 50 pasang baju untuk beliau dan keluarga serta saudara mara.
"Kak Faziani juga merupakan mereka yang sentiasa menyokong Rizman Ruzaini bertahun-tahun lamanya, setiap kali raya, pasti mereka akan menggayakan rekaan kami," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga Faziani.
Faziani menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mei lalu akibat mengalami kemalangan di Pattani, Thailand
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan

gempak
25/07/2024
13:37 MYT
Pereka fesyen tersohor tanah air, Rizman Ruzaini yang dibarisi duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jami memperkenalkan koleksi busana yang diberi nama 'The Malaya' pada Khamis.
Gaya Hidup

Busana Perarakan Kontinjen Malaysia Di Olimpik Paris Elegan, Diperkenal Rabu Depan!

gempak
18/07/2024
09:13 MYT
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Sukan

Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

gempak
04/07/2024
07:44 MYT
Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai ini.
Viral

“Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

gempak
22/06/2024
08:20 MYT
Perekanya, Rizman Nordin dari Rizman Ruzaini berkata, kolaborasi bersama dengan Lady Gaga bermula rentetan daripada busana mewah yang pernah digayakan oleh Naomi Campbell pada pertunjukan fesyen mereka di Dubai akhir tahun lalu.
Terkini

“Wait They Are Not One Person?” Masih Ramai Tak Tahu Rizman Ruzaini Merupakan Dua Individu Berbeza!

gempak
07/06/2024
06:55 MYT
Jenama fesyen Rizman Ruzaini kembali menjadi sebutan selepas salah seorang perekanya, Rizman Nordin muncul menerusi podcast Apa Cerita baru-baru ini.