,
Laman Utama

"Allah Izinkan Saya Fokus Pada..." - Mia Ahmad Sedari Hikmah Di Sebalik Dugaan

Asraf Aided
11/07/2021
02:50 MYT
Pelakon Mia Ahmad menyedari hikmah di sebalik kejadian anak pertamanya, Sayf Issa yang mengalami masalah kesihatan tahun lalu.
Menurut Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, dia bersyukur kerana Allah SWT mengizinkannya untuk lebih menumpukan perhatian kepada cara menyelesaikan masalah.
"Satu perkara yang sangat bersyukur bila tahu Issa screen injury dulu ialah Allah izinkan saya untuk tumpukan perhatian kepada cara menyelesaikan masalah.
"Setiap hari saya akan penuhkan jadual dengan aktiviti anak-anak, belajar dari mereka yang berpengalaman dan mula menghargai masa," tulisnya di Instagram.
Tambah Mia, kehadiran cahaya mata keduanya, Iris juga menambahkan keceriaan hidup.
"Tak pernah sangka kehidupan saya akan jadi macam ini, dengan hadirnya Iris bertambah keceriaan dan adakalanya depa bagi Mommy heart attack!" selorohnya.
September tahun lalu, Issa pernah dikejarkan ke pusat perubatan kerana menggeletar ketika sedang tidur.
Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Issa dan Iris.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.